Khamis, Ogos 07, 2014

...dan jari aku bermain di atas qwerty.

Rasa seronok rupanya ada blog sendiri.

Uh, uh. Perasaan itu sungguh syet.

Ruangan aku cipta menggunakan menggunakan domain 'belogsepot' ini sebenarnya tiada tunjang tema yang konkrit. Sudah jadi medan semberono yang penuh kiasan, dalaman - menceritakan kepasrahan dan kekecewaan. Malah, aku rasa perlu sangat berada dalam keadaan yang penuh-penuh-penuh 'kedalaman' (deep) untuk membuatkan jari aku menari di atas qwerty.

...aku suka ayat ini 'Jari aku menari di atas qwerty'.

Aku masih tak tahu, di luar sana ada berapa insan lagi yang masih hidup dan membaca isi-isi jiwa aku sebelum aku mati. "Eh, kau dah nak mati ker?". Ye, aku boleh dicabut nyawa sesuka hati oleh Izrail oleh Tuhan-ku sendiri. Kan dah kata, Izrail datang menjenguk aku berpuluh kali setiap hari.

Dan aku pernah sebut, mati adalah inspirasi kehidupan.

Ada yang kata bahasa aku di atas penuh sangat negativiti-yer. Kalau kita hidup secara eternal dan yongwonhi (abadi; dalam bahasa Korea beb aku tulis tu!), ok bayangkan. Kita akan melakukan apa saja dan akhirnya, kita rasa bosan. Ouh man, sebenarnya aku terpengaruh cerita Oracle yang pernah ada di televisyen NTV7.

Ah-ha. Tengok, aku mengalami sindrom writer block. Sindrom di mana, yang tadi penuh dengan jiwa berkobar-kobar untuk menceritakan sesuatu, impian singkat telah menjadi suam-suam dan sejuk. Ibarat, agar-agar panas yang jadi kuih kaler-kaler.

Mengarut, mengarut, mengarut.

Kepada sesiapa yang baca ini, aku mengarang dalam keadaan aku baring, 10 minit sahaja aku taip (alhamdulillah, tangan aku masih laju menaip walaupun keadaan sekarang aku dah tak guna YM, nak say 'hi').

Adakah aku perlu merancakkan ruang hitam yang penuh titik-titik (bukan tetek) kebosanan ini.

Seperti biasa, aku mengakhiri tulisan aku bukan dengan salam yang baik-baik...

Terimalah....

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...