Khamis, Ogos 14, 2014

Perlu tukar memori kepala aku kepada yang baru.

Aku ada masalah serius. Masalah tidur.
Aku tak merujuk kepada doktor pun, cuma aku cakap kat kawan aku;

"Aku sekarang banyak sangat input dalam kepala aku, sebab tu aku ding-dong sikit baru boleh tidur. Macam mana erk?"

"Eleh, dulu kau tidur senang je. Senang je. Blog ko hapdet selalu."

"Eh?"




Semalam aku baca artikel dalam Business Insider, mengenai tabiat yang menyebabkan terbantutnya untuk berjaya. Aku baca, dan aku cermin diri sendiri. Artikel itu menerangkan bahawa ada 6 tabiat (bahasa omputih: habit) membantutkan kejayaan. Aku buat dalam bentuk poin.

#1. Being a lone wolf (Jadi serigala seorang diri)
Maksudnya, jangan buat kerja seorang diri. Kena ada 'partnership' dengan orang lain. Kerja bersendirian, boleh pergi cepat tapi kerja berkumpulan boleh pergi jauh. Faham idok? Aku ada masalah ini, terutama melibatkan perkara yang aku rasa 'expert'. Artikel ini mencadangkan, dalam setiap perkara aku lakukan, sila libatkan orang lain.

#2. Saying sorry. (Meminta maaf)
Maksudnya, terlalu kerap sangat minta maaf. Benda kecil pun minta maaf. Artikel ini pesan, simpanlah rasa kemaafan pada kesalahan yang besar dan mencadangkan, supaya jangan terlebih minta maaf.

#3. Taking on every project (Ambil semua projek)
Maksudnya, 'over-participate'. Ya, memang satu perkara hendak dilakukan, yakni benda baru ianya satu yang menyeronokkan. Hati-hati, nanti menyebabkan rasa 'burn-out'. Artikel ini mencadangkan, cuba-cubalah prektis untuk berkata 'Tidak'. Aku sekarang boleh berkata 'NO', dulu dimana aku memang 'YES-man' sangat dan itu bahaya pada aku.

#4. Being Negative (Jadi negatif)
Maksudnya, jadi negatif lah. Aku rasa memang kena jadi positif. Ini tak menjadi masalah.

#5. Doing thing the way they've always been done. (Buat sesuatu yang dasarnya boleh selalu siap)
Maksudnya, macam aku lah kebosanan. Buat benda sama je setiap bulan, hari menyebabkan perasaan nak motivasi itu kurang. Cara nak elakkan, amalkan sikap cuba untuk berkomunikasi dengan bos. Aku memang tak suka buat benda sama setiap hari - sebab itu aku berhenti kerja selepas 2 tahun.

#6. Being disorganize. (Tak kemas)
Maksudnya, bersepah dari segi filing, sistem kerja. Mungkin. Aku rasa amalan 5S3F dari kompeni lama aku menyebabkan aku tak kusut dari segi hal ini.











Gila-cadburry. Aku lega tulis benda ini, benda yang menggangu tidur aku semalam.

Dah tengok Ju-On baru? Sila tengok. Aku banyak tergelak dari takut, tapi aku suka part terakhir si heroin pergi ke loteng rumah tu. Sangat seronok.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...