Rabu, Ogos 13, 2014

Being at the lowest point of your life, doesn't mean you failed.

Pandai tak, aku berbeta dalam bahasa Inggeris?

Sekarang, aku banyak giler, sangat-sangat menggunakan 'inggeris pecah' dimana cikgu Suraya (cikgu aku ketika sekolah rendah, sangat membencinya; dia lulusan obersi, beb).

Kehidupan ini, mesti ada naik turunnya. Ada positif dan negatif. Sungguhnya aku kata tiada 'worst-day' tak akan berlaku dalam hidup kita. Faham, tak? Aku pun tak faham. OK...

Aku karang semula.

Kehidupan ini, mesti ada naik turunnya. Ada atas dan bawah. Macam graf degupan jantung yang selalu kita tengok bila aksi atas katil (terbaring, bukan lucah ye), sebelah tu tunjuk degupan jantung lemah. Bila nak kojol (mati), maka graf itu akan menjadi mendatar - satu lain.

Ini bermaksud, hidup ini perlu naik dan turun.

Bagi aku sangat perlu, atas dasar - supaya kita tidak sentiasa ingat dimana kita berada.




Dulu bila aku rasa 'down', aku layan 'down' sampai satu titik poin yang tiba-tiba nak naik balik; misalan aku pergi majlis ceramah agama. Mungkin rasa 'down' ada kaitan dengan keimanan seseorang itu. Sebab itu, cuba kerapkali menghadiri majlis agama, nanti dikatakan hati kita akan mati.

Aku tulis benda alah ini, mungkin aku sekarang berada dalam keadaan 'up'. Cuma aku rasa kita perlu biasakan diri bila kita 'down'. Biasakan dengan suasananya, stressnya - yang paling ultimetnya adalah merujuk kepada kuasa Tuhan.

Disitulah kita bermula, dan disitulah kita meminta.

Pengakhiran, jangan jadi manusia yang mati - tiada waktu kemuncak, tiada waktu susah. Hati dan jiwa sama je macam semalam.

Untuk rasa cinta, kena rasa benci.
Untuk rasa bahagia, kena rasa derita.
Untuk rasa aman, kena rasa gelisah.

Seperti biasa...

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...