Jumaat, Ogos 15, 2014

Aku suka McDonalds, dan ini antara sebabnya.

Kalau ditapis setiap 1000 lebih itu, yang kualitinya mungkin sekerat-dua. Maksud kualiti apabila si pembaca yang membaca mempunyai minda sentak dalam masa beberapa ketika. Ouh, aku guna ketika. Bermaksud sangat kecil nilainya.

Wujudkah?

Ok. Tajuk sahaja nak digembur-gembir-gambarkan, supaya menarik lah konon-kononnya. Baru sahaja pukul 10.30 tadi aku lalu di depan McDonalds seksyen 7 Shah Alam. Adalah hari itu, bersepah warga pejuang papan kekunci (ini cubaan aku hendak menggunakan seratus peratus entri dalam Bahasa Melayu), mengatakan bahawa McDonalds tiada penghuni - tiada orang.

Balik-balik ada je!

Aku tak tangkap gambar, sebab aku bawa kereta. Tak ke kerja separa bangang, berhenti jalan semata-mata nak tangkap suasana tadi dan hebahkan tanpa usul periksa.

Apa-apa pun, berbalik kepada stigma aku suka McDonals atas beberapa sebab adalah sebab ini.

#1. Sistem kerja yang pantas.
Dulu aku pernah di-temubual bicara oleh seseorang, masa zaman 'rebel' nak merungut tukar kerja je memanjang. Satu soalan dia tanya, 'Pernah kerja McDonalds?'. Serius aku tak pernah. Sebab aku tak pernah berfikir yang aku nak kerja di McDonalds - secara sambilan. Aku fikir, kerja pejabat lagi seronok. Kebetulan selepas itu, aku tahu jiran aku ni kerja McDonalds. Aku dok tanya-tanya dan tanya; kesimpulannya - mereka memang pantas. Aku rasa lepas ini, ada jumpa orang yang pernah kerja McDonalds (bahagian dapur) aku respek.

#2. Lokasi strategi.
Bagi aku burger McDonalds ni tak sedap mana pun. Baik kau pergi makan burger abang gitar, kau sebut 'Bang Benjo satu!' terus dia campak gitar dan sebut 'Siap!'. Itu lagi sedap, bukan? Sejak 5 tahun lepas, aku memandang McDonalds sebagai indikasi populasi manusia disekitar itu - dan pendapatan warga disitu. Bila ada McDonalds, aku cuba memahami geografi ekonomi secara cepat. Soalan logika, kalau aku tanya; 'Kalau diberi pilihan rumah dekat dengan McDonalds atau jauh?' . Jujur beb jawab. Dari jawapan kau itu, kau fikir.

#3.





#4.








Aku mengantuk.

Tidur lah.

Bye.

Zzz.

Eh, lupa...

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...