Isnin, Ogos 11, 2014

Makan secara teratur.

Sejak Sabtu lepas, aku lebih berhati-hati makan; tak kisah lah di mana-mana pun. Lebih lagi bila di luar. Sebenarnya, nak makan sihat adalah sesuatu yang sangat mencabar di Malaysia. Sekarang aku terpesona dengan blog Sususejat.com, seorang blogger di mana bagi aku sangat sensitif dengan kalori pemakanan yang diambil.

Penulisan dia membuatkan aku pun sama terikut! Celaka.

Aku ambil jumlah yang senang; sehari 2,000K kalori sahaja. Tak lebih. Kurang pun kalau boleh jangan.

Misalnya Ahad semalam, pagi aku dimulakan dengan Subway Seafood Crab. OK. Aku memilih honey oat, keju yang tidak ditambah dan sayur yang banyak. Untuk sos aku hanya memilih minyak zaitun dan sos cili (lebih baik buang cili sos dan keju).

Tengahari pula, disebabkan faktor raya - ada dua selais pija. Air Pepsi aku tolak tepi, walaupun adik aku letak segelas besar siap ais disebelah meja kerja aku. Untuk 'snacking' petang aku ambil, sup cendawan. Aiseh. Belen-belen tengahari.

Malam adalah waktu yang mencabar, dan aku cuba menetapkan tidak makan selepas pukul 7. Wow. Semalam aku keluar berjalan, secara tidak langsung kepala aku rasa payah sangat memikirkan perkara ini - nak makan apa yang sihat beb?

Aku telah memilih salad di Resepi Rahsia. Ada 3 jenis salad; Caesar Salad, Crispy Chicken Salad dan Mixed Nut Salad. Aku tahu mangkuk yang diberi sangat besar. Maka aku memilih crispy chicken, atas Caesar Salad mempunyai taburan keju parmesan yang sangat-sangat banyak.

Itu lah diet aku semalam.

Aku nak sihat, bukan nak kurus. Aku suka tubuh badan aku sekarang, seksi.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

adib, ko da berisi wey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...