Rabu, Januari 22, 2014

Harder, getting harder. Stronger, getting stronger.

Poyo giler. Status aku bahasa Inggeris. Bahasa penjajah. Bangsat-lah!






Aku selalu terima masalah orang, aku dengar dan aku 'digest'. Aku dengar dan terus dengar. Pada satu masa, aku perlukan teman untuk aku bicara. Luahan hati aku. Tapi, aku rasa tak perlu untuk buat masa sekarang. Biarlah orang kata ia memakan diri.

Ye, sampai satu masa aku cerita juga - dalam keadaan tanpa sedar.

Orang yang dengar cerita aku, tiba-tiba bertanya: "Susah sangat ke nak melepaskan seseorang?"







Terus dalam hati aku cakap, "Bullshit, susah. Bagi aku, susah. Susah, untuk permulaan."

Lama-lama, aku jadi lebih selektif. Dulu aku longgarkan untuk siapa yang aku nak kenal, dan siapa yang hendak aku cakap. Aku memilih. Kawan aku kata, aku kena kurangkan memilih. Dan bila ini berlaku, aku menjadi lebih selektif lagi. Lebih ketat.

Sangat dan sangat.

Antara paling ketara, sekarang aku jadi lebih berani berkata tidak. Orang yang aku tak suka, aku delete, aku remove. Orang yang annoying, aku tak dengar. Orang yang negatif, aku lari dari situ. Orang yang ego, aku memandang sinis.

Ada orang kata, aku sekarang selfish. Tak macam dulu.

Aku selfish, sebab kurang peduli perasaan orang lain sekarang.




Biar aku yang tentukan siapa aku mahu, dan siapa aku tidak mahu.






Tengok, aku terasa penuh negatif aku menulis entri ini.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...