Jumaat, Januari 24, 2014

"Beli lah kereta baru!"

Memang aku suka naik motor, sebab:

a) Aku tak perlu rasa tertekan, sebab tak ada kesesakan lalu lintas.
b) Aku tak bayar parking mahal-mahal di Kuala Lumpur.
c) Aku tak payah lalu di tol-tol, elakkan RM1.10 di Batu Tiga.



Perkara yang tak boleh elak, adalah aku dibasahi hujan. 

Bila aku jumpa, kawan-kawan aku tengok yang ada keadaan basah - mereka menyarankan aku beli kereta baru. Aku memang dah ada kereta sendiri. Tapi...

...kereta aku telah diberi kepada mak aku, sebagai pengangkutan rasmi. Sebab aku tak bagi duit pada mak aku, sebagai satu sumbangan, aku bagi kereta. Bayaran bulanan aku bayar, kos pembaikan, tukar tayar, minyak hitam ke apa, mak aku sendiri.

Secara tak rasminya, aku tak ada kereta pun sekarang!

Orang kata aku dah sesuai dengan kereta macam BMW, Mercedes ke, Honda ke, Toyota ke. Tapi aku sebenarnya nak kereta bawah ni.


Sebenarnya aku membenci MyVi. Sebab itu kereta yang 'overated', kereta kecil tu je dah cecah RM6x,xxx. Maka aku berubah kepada yang aku rasa lebih praktikal aku berjalan jauh sampai Pantai Timur, Utara dan Selatan dengan kos yang minimal.

Sebelum raya - bulan 6. Aku ada motorsikal berkuasa besar, 600CC ke atas.

Orang kata bahaya. Semua benda bahaya. Sekurang-kurang aku bujang sekarang. Waktu sesuai untuk layan motor.





Kebosanan mencipta kelainan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...