Selasa, November 05, 2013

I'm 26 and I'm getting old.

Masa aku menaip entri ini, aku berada di salah satu kedai mamak.

Minuman rasmi aku; Nescafe ais dan air sejuk segelas.










Baru sahaja kawan aku bernama Hafiz sembang dengan aku. Aku duduk di tengah restoran. Mata aku terpaku pada skrin TV menayangkan ulangan bola sepak antarabangsa. Ada kalah, ada menang. Aku membuka iPad aku, dan menekan apps Blogger.

This is how I spent the first minute of the next '26 Years'.

Lepas tu aku 'delete'. Aku mencari sebatang rokok Pine hijau.

"Yes, ada satu." bentak hati aku.

Lalu aku menyalakan menggunakan pemetik api, BiC.



Dulu aku tengok kat TV, ada Ryan Giggs boleh lari laju. Sekarang dia dah duduk di bangku simpanan, dengan jambang lebat. Zaman Alex Ferguson sudah berakhir, dan sekarang David Moyes berteriak dari tepi padang.

Aku keluarkan pen dari celahan jubah kusut aku. Aku mencarik kertas kecil.

Aku tulis satu keazaman yang tinggi...

"As of today, I will begin a new life. I will throw off my old skin that has too long suffered the pain. They will not know me, because today I'm a new man with a new life."

Aku list satu perkara yang aku hendak buat:

Aku nak kembali ke Ulsan tahun depan. Setelah 3 tahun aku tinggalkan 'remaja tanpa kerunsingan'. Aku nak ke tempat aku menanam impian; membina harapan, mencipta kebahagiaan dan mengejar cinta.





Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...