Isnin, November 04, 2013

Hijrah. Sangat besar beb tahun ini bagi aku.

Aku rasa kalau nak kupas erti pengorbanan atau perpindahan, atau hijrah - tahun ini memang banyak penghijrahan aku lakukan.

Aku tinggalkan dunia kejuruteraan.
Aku tinggalkan segala negativiti.
Aku kurangkan tengok wayang.
Aku kurangkan makanan berminyak, tapi aku semakin tembam.
Aku tinggalkan orang.
Aku tinggalkan tabiat bangun lambat.
Aku mula cebur diri bidang baru.

Senarainya, semakin banyak...

Apa yang aku dapat hari ini sebenarnya sedikit, kalau dibandingkan dengan manusia lain.
Tapi apa yang aku dapat, adalah sangat manis.

Memang ada kepahitan dari kekecewaan.

Kan aku dah cakap, tak akan kita tahu bagaimana manisnya kalau tak merasa pahit dahulu.





Be cool.

Rezeki, Jodoh dan Ajal. Tiga perkara Tuhan rahsiakan. Kalau bagitahu awal-awal bagaimana rezeki kita, tak ada manusia ingin berusaha. Kalau bagitahu siapakah jodoh kita, mungkin kita akan mensia-siakan cinta orang lain. Dan akhir kata ajal, kalau diberitahu bila ajal akan menjelma - sudah pasti kita akan sentiasa bersedia menjelang waktunya.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...