Isnin, November 04, 2013

Seorang yang Reallis hari ini, dan seterusnya.

Giler bab. (Bukan babi, okay)
Aku sekarang menulis macam syilake. Mana tidaknya, bagaikan sehari satu post. Apabila bosan aku menulis, padahal aku menulis nak menyibukkan diri. Maka, patutkan aku menukar tagline - kesibukan mencipta kelainan.

Disebabkan ritual pagi aku, selepas bersenam dan menulis plan hari ini, ritual terakhir adalah meluangkan masa 20 minit untuk proses menambah ilmu. Aku telah memilih tajuk agak berat:

Kebaikan Urus Hutang Secara Bijak.

Pertama; Pengurusan Aliran Tunai yang lebih baik.
Jika dapat mengawal hutang pada tahap terkawal, akan ada lebihan wang untuk tabungan dan mempunyai kedudukan aliran tunai yang positif. Aliran tunai positif untuk mencipta tabungan kecemasan (3 bulan, 6 bulan) mengurangkan hutang atau menambahkan pelaburan.

Kedua; Pengurusan Kekayaan yang Lebih Bijak.
Kan orang kata, kaya tak semestinya senang. Kurangkan liabiliti dan meningkat kedudukan nilai harta bersih.

Ketiga; Mengelak bayaran lewat dan caj penalti.
Jadi pembayar hutang yang berhemat! Bayar ikut jadual, okay!

Keempat; Mengurangkan kos pinjaman.
Erk, baru semalam aku study pasal benda ini. Lebih cepat anda melangsaikan hutang, maka lebih banyak penjimatan kos faedah yang boleh dapat.

Kelima; Meningkatkan kedudukan kredit.
Pengurusan hutang dapat membina rekod kredit dan memudahkan mengambil pinjaman pada masa akan datang. Sebab rekod pembayaran kita ada orang jejaki! Sebab itu kena bayar 'on-time'.

Semua benda ini giler sebenarnya.






(Rekod hutang diri sendiri dah cecah setengah juta, jual organ la aku lepas ni)

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...