Selasa, November 05, 2013

[Morning Lesson] - Menyimpan atau settle hutang.

Hari ini aku bangun pagi, aku belajar mengenai Debt & Saving.

Orang biasa akan kata, hutang adalah hutang.
Tapi orang bijak akan kata, itu hutang baik atau hutang tak baik? (Good debt/bad debt)

Persoalannya, kalau kau dibagi RM10,000. Kau nak menyimpan ke settlekan hutang?



Apa yang disarankan adalah apa yang aku telah buat.

Langkah 1: Senaraikan berapa hutang yang ada.
Langkah 2: Senaraikan berapa simpanan yang ada.
Langkah 3: Senaraikan berapa perbelanjaan bulanan yang ada. (Komitmen masuk sekali)
Langkah 4: Dari senarai hutang, buat priority dari hutang paling banyak interest ke kurang interest.
Langkah 5: Jumlah perbelanjaan bulanan kali dengan 3 dan 6.
                   Jika belanja bulanan ialah RM2000, maka kali 3: RM6000 dan kali 6 RM12000
Langkah 6: RM10,000 tadi aku akan pecahkan.
                  Aku ambil RM6000 letak kat tempat yang tidak de-preciation value. Bank boleh. Tapi aku suka
                  letak kat ASB. Mutual fund yang masuk RM1, keluar pun RM1.
Langkah 7: Baki RM4000, aku fokus mana satu hutang yang 'bunga' tinggi. Selesaikan.
Langkah 8: Aku selesaikan hutang tiap-tiap bulan.
Langkah 9: Selepas aku hampir 'zero' hutang tak baik (kereta/motor/kredit kad adalah contoh),
                  aku fokus untuk tingkatkan simpanan aku dari 3 bulan ke 6 bulan.
Langkah 10: Aku reward diri aku beli kasut futsal.



Aku buat ni, bermula tahun 2012. Aku tidur lena, tak risau pasal duit. Lepas itu aku cuba selesaikan pada mak sendiri, terasa lega sikit. Ha, siapa lagi nak aku cuba buat?

Aku buat macam ini, sebab hutang diri aku je dah nak dekat cecah RM6xx,xxx. Tapi aku boleh tidur lena. Itu yang aku nak sebenarnya.


Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...