Rabu, Oktober 30, 2013

Menikmati detik waktu gembira, dengan senyuman riang di muka.

Memang berat.
Sangat berat.

Apabila kita membiarkan hati kita diterokai oleh insan lain, dan diberi pula pada orang lain. Ditambah dengan usaha kita (walaupun nampak macam tak berusaha), jiwa kita akan resah.

Proses 'Reclaim My Heart', adalah misi aku untuk tempoh hujung tahun ini. Aku ingin menjadi insan gembira semula, insan yang tidak memikirkan kesedihan, harapan yang tidak kesampaian. Sadis, barangkali. Terpeleot dalam hari-hari cerah.

Baru 5 hari berlalu, setiap hari aku mencari sesuatu yang boleh buat aku rasa sibuk. Tidak memikirkan perkara Tuhan yang telah tertulis. Aku ingin bangkit, merangkak dan berlari selaju mungkin dengan satu wajah - aku senyum. Senyum tanpa meminta dibalas, tapi tidak pula menagih dibalas.

Mendidik jiwa menerima ketentuan Tuhan, memakan masa.

Aku belajar untuk membentuk harapan, bukan seperti semalam. Menagih harapan umpama menagih heroin, bagi si penagih. Atau umpama ikan di akuarium disuakan roti. Tidak. Harapan dan kecewa adalah hubungkait kekal.

Harapan yang tinggi, rapuh untuk dikecewakan.
Harapan yang sederhana, suam-suam mahu atau tidak.
Harapan yang kecil, untuk jadi ada dari tiada.

Harapan yang kosong, itu bukan manusia.

Sebaik manusia, adalah manusia yang berharap, walaupun ianya bukan pasti.

Dan aku belajar satu perkara;

Untuk merasai kekayaan, kau perlu hidup dalam kemiskinan.
Untuk merasai kekenyangan, kau perlu biasa untuk berlapar.
Untuk merasai kejayaan, kau perlu meredah kegagalan.
Untuk menjiwai kesenangan, kau perlu biarkan dalam kesusutan.
Untuk rasa cinta, kau perlu ada rasa benci, biarkan sedikit.

Baris ayat terakhir...

Untuk rasa gembira, kau perlu tahu hidup dalam kesedihan.

Dari situ kau tahu, kau akan bangkit setelah kau jatuh.

Dan aku bersedia menari di dunia ini, mencari erti secebis kebahagiaan, harapan dan cinta.

Mungkin bukan pada orang yang sama.







Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

How do we become strong without being hard, and remain soft without being weak..Semua tu ujian Allah. Untuk menjadikan manusia lebih kuat dan mendekatkan diri padaNya. Untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan keimanan seseorang insan. Ujian itu mungkin utk mempertemukan kita dgn insan yg lbh baik. Hanya kita sebagai manusia tidak dpt mengetahui hikmah sebenar disebalik sesuatu kejadian, sehinggalah waktu itu tiba, baru kita akan sedar dan bersyukur dgn apa yg berlaku. Its just a path that every people have to go through. So whatever it is, just be thankful that the things happened because it teach us to become a strong and better person.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...