Dan aku mengerti kenapa zaman muda kau sibukkan diri, sebab zaman aku sangat rapuh. Lebih-lebih lagi diri aku sekarang ni. (Adakah rapuh itu fragile?)
Haha!
Aku sekarang kalau boleh tak mahu berada di rumah, aku mahu berada diluar seharian. Bila aku penat bermain dengan dunia, aku kembali ke rumah dan hanya bersedia untuk mati sementara. Hari ini aku bangun seawal mungkin, 5 pagi untuk menikmati dunia pagi. Seperti aku selalu buat bila status aku seorang pelajar.
Hari ini seperti biasa, aku mahu berada di luar untuk tempoh yang lama. Jauh mana pun ia menuntut aku pergi, aku akan pergi. Berbaloi aku penat, untuk tidak mengingati. Jika orang kata masa diperlukan untuk melupai, aku perlukan kepenatan.
Rileks. Semua benda di dunia ini dah ada suratan.
Dunia dicipta Tuhan, bukan dalam masa sehari. Tapi mampu dimusnahkan sekelip mata.
Buat apa berfikir untuk benda tidak pasti. Rezeki, jodoh, tempat mati dan kiamat; itu bukan kerja kita.
Letakkan pada Tuhan, dan lakukan kerja manusia.
Bes-syial.
Kebosanan mencipta kelainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan