Khamis, Julai 04, 2013

Adakah saya berbangga menjadi rakyat Malaysia?

"Salam 1 (Satu) Malaysia!"

Salam yang tak tahu macam mana nak jawab. Kalau bermula dengan lafaz, 'assalamualaikum' adalah jawapannya.

Macam mana aku hendak bermula...

Setiap hari, aku akan melalui kehidupan seharian aku bukan berada di satu tempat. Dari situ aku dapat menyimpulkan satu persamaan. Aku akan isi minyak di stesyen minyak, yang rata-ratanya penjaga kaunter adalah bukan dari bangsa aku (aku merujuk bangsa aku adalah bangsa Malaysia). Mereka memberi senyuman, walaupun tidak semanis mek Kelate, anak mami jarum, tapi tak lokek dengan senyuman - kepada warga Malaysia yang menghulurkan duit - "Pam 5, 4 ringgit!"

Di pam minyak pula, kalau menaiki kereta mereka ini, Nepal, mungkin Bangladesh, akan membersihkan cermin kereta yang kotor - kalau disuruh akan dibuat, kalau tak disuruh mereka rasa nak buat. Mereka ini juga yang akan menyimpan duit kita, dalam seluk kantung duit - not RM10, RM50, atau RM20.

Di parkir pula, atau di mana-mana bangunan mereka akan berpakaian segak. Memegang walkie-talkie, jalan ke sana ke mari. Mereka berkomunikasi, bukan dalam bahasa Malaysia. Sesama mereka, bangsa luar. Tak tahu apa yang dibicarakan - mungkin perihal keselamatan rakyat Malaysia di sekitar kawasan parkir.

Segak, tak lokek dengan senyuman - ya, kadangkala kerek menyuruh jangan lalu kat situ dengan nada tegas. Beri arahan, tiup wisel jangan letakkan kenderaaan di situ. Bagi orang Malaysia, mungkin kurang selesa, "Wei sial Nepal ni! Sound aku parking kereta kat sini!"

Kawasan perumahan yang 'gated and guarded', siapa yang kawal?

Bukan lagi, warga hampir separuh abad, berperwatakan boroi, misai tebal - kadangkala kelihatan ada teh 'o' ais di bakul motor. Gaya menyemlimpang kaki di pondok jaga. Masihkah kita akan melihat situasi ini?

Sekarang mungkin dah biasa, bangsa lain, naik basikal, baju kemas tersisip dalam seluar.

Di rumah pula, amah-amah Indonesia yang mencorak perwatakan anak kita. Mereka yang akan menyuap makanan kepada anak-anak kita. Yang memandikan anak kita, dan memakaikan baju.

Secara jujurnya, aku suka kalau aku jadi amah.

Di bayar gaji RM700 sebulan - diberi makan minum, jalan dibawa, kalau ke hotel pun dibawa. Kereta tak perlu ada. Duduk seharian tengok Astro pagi petang siang malam. Kalau ada lauk pauk sedap dikongsi bersama. Tak perlu bayar cukai sesen pun. Baju siap dibagi lagi.

RM700 X 12 = RM8,400. Ini dah dikira bersih.

Jadi jurutera kilang, budak baru masuk: RM2,400 X 12 = RM 28,800
Tolak makan, minum, bayar tol, isi minyak, sewa rumah adalah baki sebulan dalam RM200.

Kira kalau simpan bersih, boleh dapat hanya RM2,400 setahun.

Adakah aku berbangga jadi rakyat Malaysia?

Atau, aku perlu menjadi warga asing di Malaysia dan mendapat lebihan pendapatan dari mereka?







Aku duduk mengarut semalam di SACC Mall, di parkir motor. Melihat seorang lelaki Cina bergaduh dengan 3 orang guard Nepal. Isunya, motor dia dah terlebih parkir dari kotak kuning (kotak yang sepatutnya letak motor). 

"Even Malaysian can't be Malaysian in Malaysia. Negaraku."

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

nil berkata...

dulu waktu duk kat kl, aku pening nak naik bas mn kat pasar seni. tny org tempatan, diorang pun kebetulan tak tahu y mn. lalu dekat bas, org indonesia tny," mau pegi mana dik?"
"kampung baru" "oo,, naiknya bas nombor ......, di belakang,"
waktu tu, aku rasa aku org malaysia tp pegi melancong kat ngra asing...

Angel Bdadary berkata...

kdg2 rase mcm menumpang di negara sendiri kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...