Jumaat, Jun 14, 2013

Jalan mencari jawapan, dan hanya jawapan.

Aku berada dalam mood yang agak begitu - geeky.

Apabila petang tadi aku dapat satu panggilan, yang boleh membuatkan aku tersenyum lebar untuk 13.2 saat dan mata menjadi kelip dalam 0.37 Hz, dan menerapung jauh ke awangan sekitar 175 degree.

Ah, sampah.

Sebenarnya, aku terbaca satu artikel mengenai matematik. Aku minat matematik. Aku suka nombor, sebab ianya nombor. Tapi aku hanya minat matematik sehingga pakar matematik memasukkan abjad ke dalam matematik. Misalan:

A+B=15
B+14=30
Apakah nilai B?

Matematik adalah satu cabang ilmu yang menarik, dan tidak patut dibenci. Bohong kalau kau kata kau benci matematik masakan setiap hari kau gunakannya. Setidak-tidaknya, 50 sen campur 20 sen adalah 70 sen, bukan seringgit. Ya, itu sudah matematik. 

Dalam matematik, sebenarnya yang penting bukan jawapan. (Bagi aku)
Yang penting adalah bagaimana kita menyelesaikan untuk mendapatkan jawapan.

Sistem peperiksaan kita mungkin baik, sebab kalau kita salah memberi jawapan tapi jalan kerja yang betul ada nilai di situ. Itulah sepatutnya yang kita perlu pelajari - nilai usaha dalam menghasilkan jawapan. Hidup tanpa masalah, adalah hambar. Masalah menjadikan kita bernilai untuk masyarakat, agama dan bangsa (tipikalnya...).

Okay, cukup untuk karutan malam ini.

Masih kosong dan kurang tajam.

Selamat malam.














Aku terfikir semua benda ini, ketika berada di atas motor. Tanpa radio, hanya deruan tayar dan ekzos.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

ermafatiha berkata...

best-best entry ni. Hidup tanpa masalah itu hambar.

selalu jugak buat teori sendiri bila duk atas motoq. Best kot.

inniakhofullah berkata...

update please!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...