Rabu, Jun 05, 2013

Tanggungjawab menulis untuk mengajar.

Apabila kita menulis di sini (maksud aku di sini-lah), diibaratkan sebuah tanggungjawab. Tetapi secara tidak langsung. Bukan secara terus menerus, bukan ajaran seperti dalam bangku sekolah.








Daripada tulisan sebenarnya aku telah menyampaikan idea. Dan aku percaya idea membentangkan imiginasi dari bayangan kepala disalurkan kepada pen/papan kekunci dan menjadi satu tatapan ringkas, mudah diserapi oleh orang lain.

Menanamkan satu idea dalam kepala otak kita - adalah suatu kerja yang unik. Sangat unik.

Cikgu membebel di hadapan, tapi tangannya bergerak.

Persoalannya, andaikata cikgu berkata-kata sahaja - adakah ilmu/idea itu sampai? Itulah sebab industri kapur/marker pen masih hidup, kerana adanya sistem pendidikan.

Menulislah dengan sesuatu yang berhemah dan mendidik.




(Ini adalah penulisan untuk melempang diri sendiri, setelah sekian lama bergelumang dengan jiwa kacau)


Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...