Isnin, Mei 27, 2013

Being in love, being in hurt.

Apabila kita bercinta, kita pasti akan menerima kesakitan.

Itu pakej.

Semua dalam dunia, dicipta berpasangan. Umpama kita membeli kereta mahal. Memang gah, kacak dan bergaya. Tapi hakikatnya, sukar dijaga, maintenance yang tinggi.









Setiap wanita yang aku jumpa, akan mengangkat nilai pandangan aku pada wanita. Setiap wanita aku jumpa adalah insan yang berbeza - dan mengajar nilai-nilai berbeza. Lama-lama kelamaan, nilai cinta manusia aku terhadap wanita akan menjadi sangat mahal. Penuh seleksi. Bukan aku yang menetapkan, tapi hati aku berkata begitu.

Aku bukan memilih, cuma cinta manusia aku terlalu mahal.

Dan hanya untuk manusia yang terbaik...

Sebab aku berdoa untuk meminta yang terbaik...



Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesakitan itu mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan lebih mendekatkan diri kepadaNya. Terpulang pada kita bagaimana untuk menerima dan menghadapi kesakitan itu.

Setiap manusia diciptakan berbeza. Lelaki mahupun wanita punya keistimewaan dan keburukan tersendiri. Setiap orang berdoa untuk mendapatkan yang terbaik. Tapi pastikan dalam masa yang sama, kita juga cuba untuk menjadi yang terbaik. Baru seiring dengan apa yang kita doakan selama ini.

ermafatiha berkata...

Nice post. Sedang melalui saat-saat kekecewaan sebenarnya.

I always kept in mind, setiap manusia yang pernah hadir dalam hidup kita, tak kiralah seketika atau lama masanya sebenarnya membawa setiap satu mesej dlm hidup kita.

Allah mahu ajar kita tentang sesuatu dan semakin lama kita makin dekat dengan Allah melalui ujian-ujian yang kita lalui.

Benar juga ada teori, lebih baik daripada tiada daripada ada, kerana kelak Allah akan uji keberadaan itu, tapi mengertilah bahawa itulah pengalaman yang wajb kita kutip sepanjang hidup. It was precious.Extremely precious!


p/s: Jangan terlalu seleksi kepada benda-benda duniawi. Seleksilah kepada hal ukhrawi kerana kita berkahwin untuk membawa pasangan ke syurga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...