Selasa, Julai 09, 2013

9 Cubaan untuk gembira.

Aku baca kat majalah mana entah. Lepas tu, aku tulis dalam nota sendiri.

1#. Mulakan setiap hari dengan harapan.
"Hari ini, hari saya akan bermula dengan baik sekali!". Lafazkan selepas bangun tidur.

2#. Ambil masa untuk merancang.
Setiap hari, banyak kerja kena lakukan. Duduk 10 minit, dan letakkan mana satu untuk disiapkan dahulu. Tips untuk hilang stress.

3#. Bagi hadiah kepada setiap orang yang dijumpai.
Bukan hadiah yang kena bungkus. Paling mudah, senyuman dan nasihat.

4#. Tidak membincangkan hal-hal berat.
Berbicara politik memang tak akan habis. Maka elakkan.

5#. Mengganggap semua orang ada niat baik.
Kita memang tak boleh baca fikiran orang lain. Bila kita fikir orang lain secara baik, kurang perasaan tidak selesa.

6#. Makan makanan berkualiti secara perlahan.
Bukan setiap hari kita dapat makan makanan yang baik. Makan dengan perlahan.

7#. Biarkan segala keputusan yang telah diputuskan.
Ancaman gembira adalah gelisah. Lakukan apa yang perlu dilakukan, jangan ambil kisah sangat kenapa tidak menjadi seperti yang dirancang. Ada usaha, rezeki kemudian.

8#. Tutup TV.
TV adalah pengaruh dimana akan membuatkan kita rasa tidak selesa dengan kehidupan kita. TV mempengaruhi untuk kereta besar, rumah besar - tak perlu tak apa pun.

9#. Akhiri setiap hari dengan rasa bersyukur.
Sebelum masuk tidur, tulis apa yang kita sudah lakukan hari ini. Sekurang-kurangnya ada kesilapan untuk esok kita perbaiki.





Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Be positive..

ermafatiha berkata...

nice one bro. paling suka yg no 5 tu. BE positive.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...