Khamis, Mei 16, 2013

Pilihan - mencipta dan memilih.

Setiap yang ada di dunia, telah dijadikan-Nya secara berpasangan.

Ada siang, ada malam.
Ada langit, ada bumi.
Ada cerah, dan ada gelap.

Kerana, kita manusia ada fitrah untuk memilih. Memilih apa yang terbaik untuk diri kita. Dijadikan untuk kita, syurga dan neraka - supaya kita memilih jalan mana yang kita mahu. Ada kemuliaan dan kejahatan. Terpulang pada hati kita, mahu memilih diredhai atau dilaknati oleh-Nya.

Sebab itu, dijadikan semua di dunia berpasangan.

Bila kita berdepan sesuatu kehilangan atau malapetaka;

Kita boleh memilih untuk sedih ataupun senyum. Aku memilih untuk senyum.
Kita boleh memilih berlaku marah ataupun gembira. Aku memilih untuk gembira.
Perasaan benci dan suka. Aku memilih untuk suka.
Rasa kecewa dan rasa kepuasan. Aku memilih untuk bersikap puas.

Jikalau aku sedih, aku sedih dengan keputusan Allah.
Jikalau aku marah, aku marah dengan jalan Allah.
Jikalau aku benci, aku benci dengan aturan Allah.
Jikalau aku kecewa, aku kecewa kalam-kalam Allah.

Setiap yang berlaku bersebab, kerana ada janji-janji Allah di sebaliknya.









Kita semua adalah pengembara. Dunia adalah tempat kita kembara.

Siapa kita jumpa di dunia, adalah sementara.







"Nasib bukan selalu berpihak kepada kita. Qada dan qadar Allah itu pasti. Kalau kita redha bermakna kita bersyukur."

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Best. Please teruskan menulis topik2 seperti di atas. Tq.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...