Isnin, Mei 06, 2013

Belum tentu, aku akan bernafas 5 tahun lagi.

Subuh, sejuk.

Rutin harian seperti biasa; mandi, bersiap untuk meneruskan hari.

Ke dapur, membancung seuncang kopi tiga dalam satu - kaler merah. Derapan air panas dari pendidih air memecahkan bau pagi. Harum. Berkodaklah air dalam secawan kopi yang biasa aku pakai. Mug putih 250ml. Lalu aku duduk di kerusi malas seperti biasa, melabuhkan punggung.

Memerhati tingkah laku manusia di laman sosial, ingin melihat respon manusia terhadap semalam.















Dem.

Aku masih di Malaysia yang sama. Menghirup kopi dari cawan yang sama. Meniti harapan yang sama.

Adakah aku kecewa? Ya.
Adakah aku sedih? Ya.

Jadilah aku sekali lagi, rakyat yang mual, rakyat yang bosan. Tegar tidak akan membeli akhbar perdana, tidak sesekali tengok media massa utama.

Aku akan jadi begini, untuk 5 tahun mendatang.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Marvelous, what a weblog it is! This web site gives valuable information to us, keep it up.


Also visit my webpage: oscar.legos.obs-mip.fr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...