Ahad, Mei 19, 2013

Dealing with loneliness.

"Kau idola aku, dib."
"Idola apa lak?"
"Idola sepi."



Kesepian bukan sesuatu yang asing bagi aku. Aku boleh berjalan bermingguan secara berseorangan. Boleh makan bertemankan air kopi panas dan nasi goreng sejuk. Persoalannya, mampu ke kau nak jadi seperti aku?

Bila aku rasa sepi, adalah bila aku berseorangan.

Atas sebab itu, aku tak mahu pulang ke rumah awal.
Biarlah aku pulang pukul waktu tengah malam atau awal pagi, dan keluar dari rumah awal pagi selepas Subuh. Sebab aku hendak mengelakkan waktu aku 'keseorangan'. Bila aku seorang diri, akan macam-macam perkara menerjah fikiran aku. Segala macam emosi negatif.

Sedih. Kecewa. Kosong. Hampa. Sakit.

Berada dalam hidup membujang bukanlah sesuatu yang negatif.

Ada sebab Allah meletakkan manusia itu pada fasa tertentu. Mungkin untuk aku, supaya menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya? Jangan menangisi rasa 'kesepian'. Sepi itu sesuatu yang bakal kita tempuhi satu hari nanti. Sesuatu yang mengarut untuk rasa sedih bila berada dalam keadaan sepi.

Dalam kubur nanti kita keseorangan. Itu pasti.

Hati kita ini, adalah kunci utama untuk mengelakkan kesepian.

Kalau kita penuhi hati kita hanya cinta pada manusia, itu suatu yang bakal binasa. Manusia bukan hakiki. Sama juga kalau kita letakkan nilai harta pada hati. Kecewa akan menjelma kalau hilangnya harta itu. Letakkan hati itu pada sang Pencipta. Tak ada sedih, kecewa, kosong, hampa dan sakit.

Bila kita sepi, sebab kita bosan.
Dalam kebosanan itulah cuba mencari kelainan.
Dalam kelainan itulah ada sinar untuk percubaan.
Sikap mencuba mengundang kepuasan.
Barulah hadirnya harapan.
Dari harapan, terbitnya rasa cinta.
Melalui cinta maka berputiklah kebahagiaan.

Aku maksudkan bukan dengan manusia.

Tapi dengan sang Pencipta yang mempunyai sembilan puluh sembilan nama.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yup so true ada sebab Allah letak kita pada fasa-fasa tertentu. Ada sbb Allah memberi ujian. Sgt bersyukur bila semua itu menjadikan kita insan yang lebih baik dan dekat padaNya. Tak semua org dikurniakan hidayah macam tu. Setiap kesunyian, keterasingan, kerunsingan hanya dapat diatasi jika kita dekatkan diri dengan Allah. Sabar, solat dan redha. InsyaAllah, kebahagiaan itu akan datang satu hari nanti dengan izinNya.

ermafatiha berkata...

Eh, actually, sepi sendiri itu perkara biasa. It happens bila tiada motivasi diri.


People think that being alone is lonely, but that was not true. Being surrounded by the wrong people is the loneliest thing in the world.

Tanpa Nama berkata...

You're so interesting! I don't believe I have read anything like this
before. So wonderful to find someone with some genuine thoughts on this topic.
Really.. many thanks for starting this up.
This web site is one thing that's needed on the internet, someone with a little originality!

Look into my homepage クロエ

han_eba berkata...

keseorangan tak bermakna sepi.

manusia tak pernah sepi sebenarnya.

sebab Allah sentiasa ada dengan kita :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...