Jumaat, Mei 24, 2013

Harapan.

Harapan adalah sesuatu yang melengkapkan makna 'manusia'.

Manusia adalah makhluk yang mempunyai harapan - ditafsirkan dalam kosa kata lain; mimpi, impian, cita-cita, angan-angan. Banyak.

Dulu mungkin kita pernah dengar 'lame' ayat ketika sekolah rendah.


Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan manusia, manusia akan mati.
Cintakan Allah, akan kekal abadi.


Agak klise, tapi itulah hakikatnya. Aku benci berharap pada manusia. Aku terima manusia baik dan buruk manusia, tapi jangan hakimi aku seorang yang buta hati tuli.





Aku menulis dalam keadaan marah.

Aku marah pada diri aku, cuba untuk menghidupkan harapan, melalui manusia yang tidak pasti.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh berharap pada manusia, tapi melalui Allah. Biar Allah yang menentukan baik buruk sesuatu perkara untuk kita.

ermafatiha berkata...

Apabila berharap kepada manusia, kuatkan dalam diri sifat redho dan tawakal. Redho setiap apa yg terjadi kerana makhluk sifatnya tidak kekal. Redho merupakan satu-satunya syurga dunia buat mereka yang beriman.

Bergantunglah hanya pada Allah. Jika benar-benar bergantung kepadaNya, kita tidak akan pernah berharap sedikit pun kepada selain Allah.

Allahu musta'an.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...