Isnin, April 22, 2013

Hari aku berhenti berharap.

Sebab kita manusia, atas sebab itu kita berharap.

Kalau kita hidup di dunia tanpa ada harapan, apa motifnya kita diserukan roh untuk berjalan-jalan di muka bumi?






"Kau tak rasa penat ker berharap pada sesuatu yang tidak pasti?"
"Penat itu ada. Tak salahkan, kalau kita berharap pada sesuatu yang baik."
"Kau rasa itu baik?"
"Apa salahnya aku letak keyakinan, walaupun sedikit, yang itu yang terbaik."
"Kalau apa-apa berlaku, tak rasa menyesal."
"Buat apa nak menyesal. Hidup ini ada pilihan, dan aku pilih berharap pada yang ini."
"Tapi, sampai bila kau nak berharap begini. Takkan tak ada noktah?"
"Kau nak tahu tak, ada satu hari, hari di mana aku berhenti berharap. Aku berhenti berusaha. Aku berhenti mengejar. Aku berhenti buat apa-apa. Aku diam, aku bisu, aku tak berkata."
"Hari apa tu?"

"Hari aku mati."

"Kau sial lah. Ayat nak sentimental je."



Aku diam kejap... lepas itu aku sambung.

"Kau lagi celaka! Jumpa aku tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin, bila nak kahwin. Cuba kau tanya aku sihat ke tidak, aku buat apa sekarang, tidur cukup ke tidak, duit cukup ke tidak. Kan lagi bagus."

"Sorry bro. Aku teringin nak tengok kau pakai baju melayu. Balik-balik, pakai jubah lusuh kau je."





Aku dah lama tak membeli baju melayu, dulu masa tahun terakhir belajar aku tak sengaja mengeluarkan kata-kata begini: Aku hanya akan pakai baju melayu semula ketika akad nikah kot.


Shait. Aku memain kot, cakap begitu!

Kebosanan mencipta kelainan.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...