Isnin, April 22, 2013

Siapa kawan, siapa teman, siapa menyapa.

Aku rasa banyak kali aku menulis, menceritakan di saat-saat aku keseorangan.

Keseorangan meredah malam.
Keseorangan makan.
Keseorang di pagi raya.

Disebabkan terlalu banyak episod 'keseorangan', aku kadangkala suka kerja sendiri - tanpa perlu bantuan orang. Tapi sudah pasti, penat giler kot. Disebabkan keterbiasaan ini juga, aku menjadi hati batu - sukar untuk berkongsi masalah peribadi.

Lebih baik aku tidur, jalan ke mana-mana seorang diri.

Sebab, sudah terbiasa!



Di belakang aku rupanya ada sentiasa memerhati, ingin lihat aku pergi jauh - cuma aku tak sedar.

Rupanya, walaupun aku menyangka aku sentiasa bersendirian, sebenarnya tidak.





Masa aku tampal benda ini, diam-diam aku usap pipi aku. Berair. Ceh. Nak emosional sangat. Ptuih!

Terima kasih yang memberi semangat, walaupun hanya sepatah kata melalui SMS. Aku masih berharap ucapan semangat dari insan tertentu.


Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...