Ahad, April 07, 2013

Feed him the fish, teach him about the fish.

Gosok mata.
Buka mata.
Menguap.
Angkat tangan ke atas sambil jerit 'Hwarghhhh!'.

Inilah gaya aku melihat manifesto di internet, kaler biru punya.

Buka mata.
Aku dengar.
Aku draf, pegang kalkulator.
Mendongak ke langit dan kata, "Logik itu ada!".

Inilah keadaan ketika aku melihat manifesto di internet juga, kaler biru juga. Tapi muda.




Boleh kata, aku agak eksited untuk mengundi. Kenapa? Ini kali pertama aku dibenarkan boleh mengundi. Dan ianya datang dalam masa 5 tahun sekali sahaja. Bila melihat kedua-dua kumpulan besar yang hendak bertanding - aku ambil mengenai perancangan yang jelas dan mudah difahami. Mudah aku cernakan menggunakan otak kiri, dan ada data-data sokongan, angka, unit yang logik. Ekonomi sekarang, keuntungan, defisit, membuka kredit, kredibiliti untuk melaksanakan perancangan.

Kalau nak kata, mana satu akan aku undi - aku akan bagi tahu. PR.

Kalau nak tanya, mana satu lagi bagus. Tak adil bagi aku menjawab dan membuat perbandingan. Satu parti dah memerintah selama 55 tahun. Satu parti lagi - tidak pernah langsung memerintah negara. Sebab itu aku menolak perbandingan kedua-dua parti dari segi sejarah.

Satu parti dengan kes gadis Mongol, skandal seks, rasuah. Satu parti lagi pun sama - liwat, skandal seks juga. Dan aku menolak perbandingan dari segi perlakukan mereka.

Tapi aku ambil kepentingan melihat pada pelan yang akan dilakukan. Satu kata ini manifesto, satu kata ini akur janji. Aku tak kisah langsung apa definisi mereka. Tapi apa yang mereka 'jual' adalah apa yang hendak mereka lakukan pada tempat aku bermain ketika kecil, tempat ibu bapa aku masih hidup dan tempat aku mencari rezeki.

Apabila melihat 'manifesto' mereka berdua, aku simpulkan berdasarkan pepatah ini:

Give a man a fish and you feed him for a day.
Teach a man a fish and you feed him for a lifetime.

Manifesto BN:
1) Hanya memberi, memberi, memberi. Duit tak cukup, kita beri. Tapi tak nak selesaikan masalah kenapa duit itu tidak cukup.
2) Rumah tak mampu dibeli, mereka buat rumah yang mampu beli. Tak nak selesaikan kenapa rakyat Malaysia tak mampu beli rumah.
3) Harga kereta dimurahkan, kenapa baru sekarang?
4) Bahasa Inggeris jadi kewajipan lulus. Adolf Hitler dalam karangan Mein Kampf, sebelum wujudnya bangsa German adalah melalui penyatuan bahasa. Tapi alihan kepada bahasa Inggeris? Isu lama.
5) Baucar buku dan duit tambahan kepada pelajar. Alangkah baiknya, mendidik golongan ini mengurus kewangan dari memberi kewangan.
6) Jalur lebar dimurahkan. Selama ini, kenapa tidak dimurahkan dan kenapa sekarang?
7) RAPID Sistem. Ini daripada zaman sekolah, zaman aku karang karangan sekolah "Kepentingan Pengangkutan Awam." Kenapa baru sekarang?

Manifesto PR:
1) PTPTN di hapuskan. Aku mulanya tak setuju, sebab dalam dunia sekarang mana ada yang percuma. Jadi aku memerlukan rasional kenapa ianya perlu dihapuskan. Aku dah faham dan ianya untuk anak aku juga, satu hari nanti.
2) Penghapusan tol. Soalan yang muncul, "Apakah dana yang boleh untuk menguruskan jalan di Malaysia?"
3) Harga kereta di rendahkan. Agak populis punya pelan, diusulkan dulu oleh PR berbanding BN. Banyak penerangan kenapa ianya boleh dilaksanakan.
4) Harga minyak diturunkan. Ianya adalah pendekatan micro ekonomi. Menurunkan harga sesuatu barang adalah dengan menurunkan sub-kos yang berkaitan dengan barangan itu. Ada logik. Bagaimanakah perlaksanaan ye, itu aku lebih berminat.
5) Peluang kerja untuk kurang berjaya lepas SPM. Aku nampak utilisi sumber tenaga manusia terutama golongan muda. Aku pernah jadi penggangur lepas SPM.


Manifesto BN adalah seperti memberi ikan kepada orang lapar, esoknya lapar lagi. Bagi ikan lagi, dan tak akan habis.

Manifesto PR adalah seperti mengajar tentang ikan kepada orang lapar. Ajar aku mengenai cukai negara, pendapatan negara, akaun negara.


Nampak aku agak bias kepada PR. Ya, sebab apa yang ditawarkan adalah mudah di terima akal aku sendiri. Undi aku, bukan sebab aku cinta Anwar Ibrahim. Tapi aku nak bagi peluang untuk negara diperintah oleh rakyat Malaysia juga tapi dengan cara berbeza dari 55 tahun yang lalu. Itu je.

Korang tak rasa bosan ke, baca buku sejarah - ulang benda yang sama, logo yang sama, nama yang sama. Penuh stereotaip dan plain.




Hoi! Cepatlah pilihanraya!
Sesak aku baca suratkhabar penuh mencela, memaki hamun dan memperlekehkan orang!

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

Judiene berkata...

Terbukak minda aku baca entry ni. Good job man!
Undi aku rahsia.
Haha.

:-)

Linlin berkata...

berminat jgk nk tgk PR memimpin. sm mcm sebelum ni or Malaysia jd negara yg lebih mbangun...

han_eba berkata...

cool man

saya berkata...

make sense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...