Jumaat, April 12, 2013

Hanya sahabat akan melihat kita berubah.

Aku tak tahu, satu hari nanti aku akan berubah jadi seorang yang bila aku berkata, dikatakan convincing.

Berkata bila perlu, pandai menyusun ayat, berlapik, penuh mendalam.

Aku tak tahu aku boleh berkata begitu.






Ini terjadi semalam, apabila aku memulakan debat mengenai satu isu.

Akhirnya, kawan aku berkata:

"Tanniah. Kau bukan yang aku kenal dulu, 7 tahun dulu. Aku suka tengok kau, aku perhati kau membesar. Kau cakap sesuatu, dulu orang perli sebab kata kau mengarut. Dulu kalau kau cakap, mungkin ada dua tiga orang akan diam dan melayan kau. Kau dengan dunia kau. Kau buat sesuatu, yang aku pun rasa kau gila. Tapi hari ini aku suka tengok kau. Kau bebas dalam dunia kau. Aku cemburu, aku nak jadi macam kau...

...kau sentiasa merangkak-rangkak nak berubah, nak kejar impian kau. Yang menarik, walaupun kau merangkak tapi kau tak pernah berhenti merangkak."










Dalam suasana hujan itu, aku tersapa sekejap.

Apabila aku berhenti kerja dari jawatan Senior Engineer, aku masuk dunia lain.

Dunia yang aku masuk ini telah membuka definisi baru - siapa kawan, siapa sahabat, siapa musuh, siapa pendendam.

Malam itu, aku tidur tanpa berbantalkan apa-apa. Tiada teman.

Melayan perasaaan - adakah aku masih orang yang sama esok hari?





Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...