Jumaat, Januari 25, 2013

Sentiasa kool.

Malam ini, cuaca hujan. Memang stigma lelaki yang suka memikirkan mengenai cuaca.

Hujan.

Duduk di hadapan komputer, menekan-nekan setiap kekunci yang ada. Menaip dari A sampai ke Z. Kosong dan buntu.

Lalu ada 'ding-dong'...

"Free? Jom makan?"
"Jom." selamba je aku menyahut, padahal jam sudah pukul 10, dan esok aku kena masuk kerja. Tapi entah mengapa aku patut pergi - kena pergi dan mesti pergi.

Lalu ketika memandu aku berfikir apakah topik akan keluar, bila berjumpa dia. Apakah cerita yang bakal diutarakan? Semua ada dalam minda - apa, bagaimana, siapa, berapa. Banyak.





Akhirnya, bertemulah dua jiwa yang lara.

Dari cerita itu, melangkah ke cerita sana-sini. Masuk kanan dan masuk kiri. Sehinggalah satu persoalan yang aku ingin bertanya sangat-sangat. Persoalan yang bakal merungkai segala ingin tahu, siapakah aku sebenarnya.

Dimanakah aku sebenarnya?




(ketika ini jantung aku umpama diam, tanpa denyutan, sunyi)







Selepas beberapa detik, aku berani bersuara.

"Tolong hentikan. Aku tak sanggup berdepan dengan kesedihan. Kenangan adalah kenangan."


Berlalulah malam ini, sayup hujan di luar turun. Masing-masing diam.

Aku termenung.
Dia termenung.

Straw dalam gelas sudah menari, cuba melegakan hati.
Tegukan air bertukar ganti.

Kami berkata seolah berjanji, "Jangan balik ini, termenung panjang. Hidup kena teruskan."










Aku berlalu pulang.

Dari tadi aku menahan kesedihan. Aku lihat langit. Gelap dan basah.

Titisan hujan sudah membasahi muka aku.

Baru aku tahu, satu perkara yang selama ini aku tak pernah sedari.

Bila menangis dalam hujan, tiada siapa perasan yang kita sedang bersedih.





...dan aku senyum kembali dan melihat jam, sudah pukul 12:15.

Hari baru, dan aku insan yang baru, dengan jiwa yang baru.

Sentiasa kool.



Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

cik kodok berkata...

alhamdulillah.... kita masih ada ruang untuk bernafas dan memulakan hari yang baru... salam maulidur rasul...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...