Isnin, Januari 21, 2013

Tahun 2020: "Baik kau cepat blah dari negara ni!"

Hari ini, aku berborak panjang dengan pelajar aku.

(Aku cikgu sambilan je.)



Dia bertanya kepada aku, "Kenapa banyak iklan kat tepi jalan (highway), ada tulisan sebut Wawasan 2020?"

Aku tak reti nak jawab soalan ini, sebab apa yang negara hendak buat untuk akan datang sebenarnya aku tak ambil port sangat (Aku serius). Ini berpunca negara akan bertukar kepimpinan setiap lima tahun. Andaikata negara merancang dasar 100 tahun sekali pun, ini akan bertukar idea yang bakal diselit-selit dengan idea baru ke arah itu.

Jadi aku katakan begini...

Wawasan 2020 adalah satu pelan negara untuk bertukar dari status negara membangun ke negara maju. Sebab itu, sekarang banyak pembangunan pesat berlaku. Itu runtuh, buat baru. Banyak rumah, banyak bangunan. Nak memperbaharui sistem jalan.

Bla, bla, bla.





Selepas beberapa kemudian...

Dia kata...

"Negara saya mungkin negara maju. Tapi saya tak rasa pun jadi rakyat negara maju ini sesuatu yang menyenangkan. Dulu negara saya impian ye adalah jadi negara high profit income. Ya, negara mungkin gah. Tapi, tak ada siapa tahu apa yang terjadi bila jadi negara maju - rasa tertekan."

Aku tanya balik...

"Apa patut orang macam saya kena buat?"

"Keluar negara sendiri. Macam saya!"













Adakah kita bersedia untuk menjadi rakyat negara maju?

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...