Selasa, Januari 15, 2013

Bila kita rasa kelakar dan geli hati dengan suasana Malaysia.

Aku tidak membaca akhbar bahagian Nasional.
Aku tidak menonton berita di TV.
Aku tidak mengikuti politik semasa.

Sebab, aku merasakan ini adalah satu input yang perlu, memerlukan terlalu banyak lapisan minda untuk berfikir.

Baik aku mengeraskan neuron kepala aku, memikirkan sesuatu yang idealistik seperti memikirkan bagaimana putik gula kapas dibuat.

Jadi, apakah sumber aku bila ingin mengetahui isu semasa?

Blog.

Aku seorang blogger yang hidup segan, mati tak mahu. Suam-suam kuku. Aku masih membaca fakta, idea, komentar, teguran, gosip dari blog. Sebab ada input, ada output. Input dari minda penulis, dan output dari kata-kata si pemberi komen. Dan agenda tulisan yang bias kepada sesuatu arah, misalan penulis politik BN mengutuk pembangkang - aku tak kisah, sebab aku boleh neutralkan semula dengan penulis politik Pakatan Rakyat mengutuk kerajaan yang sedia ada.

Menjadi neutral semula, dan menganalisis segala cerita yang ada di depan mata.



Jadi, jangan selalu tanya aku apa yang berlaku di negara aku.

Sebab, aku sekarang adalah rakyat yang mementingkan diri sendiri.


Negaraku, yang jadikan aku begini.







Dan... sesungguhnya terasa kenyataan Amalina Che Bakri mengatakan, dia menonton berita di TV dan membaca akhbar membantu dia mendapatkan 17A dalam SPM - adalah tahi kerbau.



So, listen, listen, listen, listen, listen.

Apa aku tulis adalah kenyataan suka hati aku, tak perlu pendengar untuk mendengari. Penonton untuk menonton.

Kebosanan mencipta kelainan.


1 ulasan:

Angel Bdadary berkata...

sependapat ngan sy huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...