Khamis, Ogos 23, 2012

Tuntutan Pelepasan Cukai.

Hari ini ramai orang tak masuk kerja. Jadi berjalan-jalan aku ke mana sahaja aku ingin di tempat kerja aku. Lalu, ada suara merungut: "Gaji aku kecil pun, goverment nak aku bayar cukai!"

Jadi, aku hari ini seorang yang sangat berilmiah. Aku belajar dari seorang pakcik kepada kawan aku, yang bekerja di LHDN, dikuatkan lagi dengan kawan aku masa belajar kerja di LHDN - juga adik aku sendiri, mengambil peperiksaan berkaitan dengan sistem percukaian di Malaysia.

Biasa orang kerja tahun pertama, tak kena cukai sangat sebab gaji kecil - tapi aku dah kena, dan aku rasa kena belajar sesuatu untuk menjadikan diri aku, bebas dari sistem percukaian. Terima kasih rakyat Malaysia, saya belajar di obersi atas sistem percukaian Malaysia dan bebas tanpa ikatan untuk berkhidmat untuk kerajaan Malaysia.

Cukai dikenakan kepada orang yang mampu dapat pendapatan yang sangat banyak. Kiranya, orang berduit banyak adalah penyumbang cukai yang banyak. Pada pengalaman aku, orang berduit banyak adalah golongan 'kedeng-babeng' nak bayar cukai, sebab mereka tahu bagaimana hendak mengisytiharkan diri mereka untuk membayar cukai yang rendah.

Dalam pengiraan cukai ada 2 bahagian penting (aku tengok ini je) - jumlah pendapatan dan tuntutan pelepasan. Memandangkan pendapatan aku amatlah sikit, tapi dikenakan cukai maka aku melihat kolum tuntutan pelepasan.

Antara pelepasan yang boleh diisytiharkan:

1.Individu dan saudara tanggungan - tengok samada kau bujang, berkahwin atau ada tanggungan.
2. Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga untuk ibu bapa (Terhad RM 5000)
3. Peralatan sokongan asas untuk kegunaan sendiri, suami/isteri, anak dan ibu bapa kurang upaya (Terhad RM 5000)
4.Individu kurang upaya (RM6000)

Perkara diatas bermaksud, apa-apa musibah mengenai perbelanjaan hospital mengenai tanggungan boleh dapat pelepasan cukai. Seterusnya:

5.Yuran pendidikan (sendiri). (Terhad RM5000). Ini untuk sesiapa yang belajar guna duit sendiri. Pernah aku tengok, dia belajar guna duit tajaan tapi mengistiharkan dia pakai duit sendiri. Segi undang-undang? Aku tak tahu.
6. Perbelanjaan perubatan bagi penyakit sukar diubati anak/suami/isteri (Terhad RM5000). Ini untuk sesiapa yang kena makan ubat sentiasa, ubat itu mahal.
7.Pemeriksaan perubatan penuh [medical check-up], diri sendiri, anak, suami, isteri (Terhad RM500). Kerajaan menggalakkan kita supaya rajin periksa kesihatan diri sendiri. Bebas cukai.
8. Pembelian majalah/buku/jurnal/penerbitan/bukan suratkhabar/bukan lucah untuk diri sendiri, suami, isteri anak. (Terhad RM1000) Ini paling aku suka, sebab aku memang suka beli buku.
9.Pembelian komputer peribadi. Setiap 3 tahun sekali sahaja (Terhad RM3000). Bermaksud setiap 3 tahun sila tukar komputer peribadi anda.
10. SSPN (Terhad RM3000). Ini aku suka juga, sebab kau letak duit dalam SSPN, duit kau bertambah dan boleh kurangkan cukai. Bagus bukan? Sila buka akaun SSPN.
11.Pembelian peralatan sukan ikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (Terhad RM300). Ini aku juga, aku beli kasut futsal baru, lepas itu boleh kurang cukai. Walawei!
12.Yuran langganan perkhidmatan jalur lebar. (Terhad RM500). Aku dapat internet laju, dapat download macam-macam, dapat telefon orang dengan free, bayar secara tetap setiap bulan. Lepas itu, buat income dengan internet, kemudian boleh kurangkan cukai.
13.Faedah pinjaman perumahan. (Terhad RM 10000). Ini antara lubang yang aku cuba kaji. Pada pemahaman aku, pelaburan rumah yakni membeli rumah dapat mengurang cukai. Harga rumah pula menjadi tinggi, tapi cukai dikurangkan. Itu yang aku faham, dan tahun depan aku akan cuba deklarasikan benda ini, berapa banyak impak terhadap pengurangan cukai.
14.Alimoni kepada bekas isteri (Terhad RM3000).
15.Suami isteri kurang upaya (RM3500)

Selebihnya:

16.Jumlah anak bawah 18 tahun (ada cara lain nak kira)
17.Jumlah anak atas 18 tahun tapi masih belajar.
18.Jumlah anak kurang upaya.

Dan yang terbaik:

19.Insurans nyawa dan KWSP. (Terhad RM6000). Bermaksud, menyimpan duit di tempat lain, duit anda jinak bertambah dengan risiko tersendiri pada waktu yang sama boleh kurang cukai.
20.Insurans pendidikan dan perubatan (Terhad RM3000).

Pelepasan cukai melalui tuntutan rebat:

(a) Zakat atau Fitrah - jadi bayarlah zakat. Melalui apa yang aku belajar, andaikata kau dikenakan cukai sebanyak RM1000 setahun, dan kau bayar zakat (emas, harta benda, pendapatan, tanaman) sebanyak RM 1000, maka pada tahun itu - cukai anda adalah 'kosong'. Itu orang yang bagi tahu aku. Jadi belilah emas banyak-banyak, bayar zakat banyak-banyak. Kan bagus.

(b) Tolakan cukai seksyen 51 Akta kewangan 2007 (dividen)
(c) Tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain)
(d) Pelepasan cukai Seksyen 132
(e) Pelepasan cukai Seksyen 133

(4 atas ini, aku belum cuba nak tahu)

Tak payah susah nak ada kalkulator, berapa cukai boleh dikurangkan. Hanya boleh dilakukan dengan e-Filing sistem.

Amalan yang perlu amalkan:

1.Simpan segala resit berkaitan perkara-perkara yang disebut boleh kurang cukai. Macam aku, segala resit buku, termasuk majalah mangga, jilid komik Lawak Kampus, buku mewarna adik aku sendiri pun aku simpan. Peduli apa.
2.Simpan slip gaji, kalau anda kerja makan gaji.
3.Simpan penyata bank, misalan penyata bank Maybank yang dikeluarkan 3 bulan. Download dan simpan.
4.Amalkan menggunakan kad debit. Sebab bila belanja guna kad debit, transaksi akan keluar pada penyata. Andaikata, terlupa nak simpan resit maka bolehlah rujuk pada penyata anda.
5.Kalau pakai kad kredit, sila simpan penyata juga.
6.Simpan EA Form, kalau anda makan gaji.

Nasihat:
1.Buat e-Filing secepat mungkin, boleh dapat duit secepat mungkin.



Tahun pertama kerja, aku dikenakan cukai memang agak sebak. Sebab aku berusaha sendiri, kemudian ada seseorang berkata 'Aku nak amik duit kau sikit!'. Sebab itu, Robert Kiyosaki kata, 'we are poor citizen, earn more, pay tax more.'

Aku pernah tolong orang, cukai dia RM1500 (tahun lepas) aku buatkan e-Filing dan dapat balik semua nilai RM1500. Kesudahannya? Gembira beli pancing baru.



Okay, selamat berkerja esok!

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Info yang sangat membantu. Thanks!

Tanpa Nama berkata...

Pembelian peralatan sukan - kasut futsal? rase x valid untuk pengecualian. Barang sukan yang jangka hayat pendek je x silap. Cth : bulu tangkis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...