Sabtu, Ogos 18, 2012

Aku punya diet program Herbalife. [Kelakar kan?]

Aku ada junior seorang, balik dari Mesir. Kira kat sana stok keje melantak daging, roti dan unta. (Aku rasa lah). Lepas itu, aku jumpa dia balik - wadehel. Macam Bruce Lee. Aku bertanya...

Dia bukan ejen Herbalife pun, tapi tempat kerja dia dekat dengan pusat pengedaran barang. Lagipun dia kalau beli banyak-banyak, dalam diskaun lagi, katanya.

Jadi dia sajes (suggest) aku suruh cuba. Lalu aku cuba, dengan dia sebagai Personal Weight Coach aku. Dan ikut cara dia, aku ambil nutrien paling, paling, paling murah Herbalife atas sebab aku nak cuba. Untuk pengetahuan, Herbalife agak mahal. 

Target aku: Turunkan berat badan 5kg dalam masa sebulan berpuasa.
Sebab nak turunkan berat badan: Aku nak stay lama dalam padang bola, 1 jam setengah. Ditambah, masih bertenaga.

Ini diet aku sepanjang bulan Ramadhan:

Sahur [0500 AM]
- 500 ml Tea Mix Hibiscus menggunakan setengah camca serbuk teh, sejuk.
- 400 ml F1 (Strawberry).
- 5 biji kurma.
- minum air, lebih kurang dalam seliter ke dua liter sehingga habis waktu bersahur.

Berbuka [0730 PM]
- 400 ml F1 (Cappucino)
-5 biji kurma.

Selepas terawih [1000 PM]
- Makan nasi dengan lauk pauk macam biasa, yang lengkap.
- Selepas makan, 500 ml Tea Mix Hibiscus setengah camca serbuk teh, dalam keadaan panas.
- Sehingga nak tidur, minum air dalam 1.5 liter ke 2.0 liter.





Aku bermula, pada 7 Ramadhan dan hari ini 29 Ramadhan;

Aku berjaya turunkan 6.5KG.dalam masa lebih kurang 20 hari, tanpa senaman.

Efek lain:
1. Selepas bangun tidur, aku tak ada menggeliat keletihan.
2. Sentiasa berada dalam keadaan 'high' penuh bertenaga sehingga pukul 6 petang sekalipun.
3. Rasa kenyang dan seronok bergerak.
4. Bibir aku tak kering.
5. Setiap pagi, aku banyak buang air - petanda positif buang air pada waktu pagi.
6. Puasa, tanpa penuh kelesuan walaupun berterusan terawih sampai 10 malam.

Lepas ini, aku tak tahu samada nak teruskan pengambilan Herbalife atau tidak. Ini mungkin kerana faktor kos. Tapi sebenarnya, lebih kurang sama je.

Sesiapa nak turunkan berat badan, jangan cari aku. Aku tak jual, aku hanya insan yang ingin tahu hendak mencuba produk yang menjadikan Lionel Messi sebagai duta mereka.





Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

jijie berkata...

post promo herbalife.. hehe

Anna berkata...

tahniah u ;) my brother is a herbalife coach and i've been using it for almost 2 yrs. AWESOME. suka part buang air pagi2. bahagia ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...