Selasa, Ogos 14, 2012

Kita bercerita, tapi siapakah yang mendengar?

Dari zaman aku sekolah, sampai sekarang, ramai kenalan aku jumpa dan banyak cerita telah dikumpulkan. Ada yang menjadi sahabat karib, kerana ingin cerita mereka didengari.

Pernah aku katakan;
Ada artis kerana ada peminat.
Ada imam kerana ada makmum.
Ada pemerintah kerana ada rakyat.
Ada pencerita dan ada pendengar.

Kadang-kadang, aku duduk melangut di satu tempat, menanti sesuatu atau cuba melepaskan lelah memanjat tangga, ada sahaja manusia cuba datang dan bercerita.

Atau, aku memulakan satu topik (ini jarang berlaku). Dimana aku bertanya, sesuatu yang tepat mengenai situasi yang mereka alami.




Hari ini, aku diceritakan tentang perasaan seorang wanita yang belum setahun lagi berkahwin, menceritakan perihal rumahtangga sendiri. Aku sampai sekarang masih pantang untuk tidak bertanya hal rumah tangga orang. Sebab bagi aku umpama menjaga tepi kain orang.

Tapi, aku dah diceritakan.

Aku berasa amat, dan amat janggal mendengar perihal rumah tangga orang dari orang perempuan. Ya, amat janggal. Tapi amat positif bagi aku, dimana aku tahu serba sedikit perasaan kaum berlawanan aku mengenai beberapa perkara.

Misalan, perihal kampung mana patut balik dahulu bila pulang beraya.

Aku pernah tanya soalan ini kepada lebih sedozen lelaki, rata-rata mereka pada tahun pertama perkahwinan mereka memilih untuk beraya di rumah perempuan. Tapi terdapat beberapa lelaki, dalam golongan minoriti memilih untuk beraya rumah keluarga lelaki mungkin atas sebab menetap bersama keluarga sebelah perempuan. Dalam isu ini, persefahaman dan pendapat. Percanggahan itu masih ada, seperti bapak dan mak aku sendiri sampai sekarang ada percanggahan tapi akan ada solusi tersendiri bila hendak menjelang Raya.

Juga mengenai tanggungjawab lelaki terhadap dua perempuan - bini sendiri dan ibu sendiri. Walaupun sudah berkahwin, lelaki masih perlu taat pada ibu sendiri. Aku pernah juga tanya, beberapa persoalan ini. Mereka memilih nisbah 50-50. Kalau buat lebih pada ibu, tidak ditunjukkan pada isteri. Begitu juga sebaliknya. 






Sungguh bertuah, hari ini aku diceritakan oleh pencerita tentang hal ini.

Tapi, andaikata pencerita tersebut meminta pendapat kau:

"Patut ke aku mintak cerai?"

Kau rasa, kau boleh jawab soalan itu?







Mampus.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...