Isnin, Ogos 13, 2012

'Customer Services' di Malaysia tersangatlah 'celaka' giler.

Mungkin ada yang sedang membaca, bertanya dalam hati: "Mamat ini berpuasa ke?"

Di Malaysia, after service perlu di improvasikan. Tolonglah. Malaysia memang terkenal buat produk baru, buat inovasi baru untuk sasaran pelanggan baru. Tapi, bila dah jual - pelanggan jadi mangsanya.

Hari ini aku encounter beberapa servis yang begitu 'celaka'.

1#.[Pertama]
Syarikat: AIA Insurance.
Permintaan aku: Membatalkan polisi.

Aku awalannya menerima polisi ini, sebab aku tak suka orang menelefon aku siang dan malam dok sibuk suruh aku terima. Jadi aku terima. Dalam hal insurans, ada satu tempoh dimana dipanggil waktu bertenang. Dalam waktu ini, polisi aktif tapi sekiranya pelanggan itu hendak membatalkan segala bayarannya boleh dapat semua sekali. Untuk kes aku, dah lewat sebulan bermakna dalam akaun aku telah ditolak sejumlah amaun yang boleh belanja kamu makan pizza dan spaghetti.

Aku membatalkan atas sebab, aku lebih berminat insurans nyawa yang berkaitan pelaburan yang aktif. Jadi aku tak kisahlah kalau nak batalkan pun. Bila aku telefon, dia kata boleh batalkan tapi aku kena buat:
 (1) Aku kenat tulis surat, mengatakan aku ingin membatalkan polisi.
 (2) Aku kena hantar balik buku polisi aku, yang berada di Kuala Lumpur.
 (3) Kos penghantaran polisi aku, adalah bawah kos aku.

Kau rasa syet tak dengan situasi di atas.

Aku pernah berhadapan situasi ini, oleh Etiqa Insurans. Dan aku dapat selesaikan hanya dengan satu panggilan telefon selama 15 minit. Tanpa memulangkan polisi, dan hanya memerlukan nombor polisi. Duit aku dipulangkan.



2#.[Kedua]
Syarikat: Public Bank Berhad.
Permintaan aku: Menghidupkan kembali PB Online.

Dulu aku telah buat permohonan untuk PB Online. Atas kecuaian aku, hilang kertas no siri. Untuk daftar semula, aku kena pergi ke cawangan PB dimana bank yang aku buka akaun awal sekali. Bila aku cakap bahagian Customer Services - dia telah buat semula dan meminta aku tunggu di kaunter dan aku akan dapat no. PIN yang baru.

Bila aku pulang ke rumah, aku cubalah - tapi tak boleh. Tiba-tiba dapat panggilan dari PB tersebut menyuruh aku datang semula ke bank pada pukul 5.30 dimana ruang waktu paling sesak di Klang. Aku tak nak. Dia suruh aku datang petang, aku cakap aku balik pukul 5. Dia suruh datang pagi - aku cakap aku dah kerja!

Dia suruh ambil cuti sekali lagi. Ouh, giler sangat pengurus bank ini. Dia kata, pihaknya tersilap tak sertakan satu borang lagi, dan meminta aku menyuruh datang dan sain semula. Aku kata, boleh, janji bukan hari kerja.

Dia suruh aku datang Sabtu ini, dan aku ulang semula, "Bukan dah cuti Raya ker?"

Akhirnya, aku kena buat urusan secara manual akibat PB Online aku tak boleh pakai.

Kau rasa syet tak?

Pada hari ini, aku buat Online Banking pada bank yang lain, dan semudah giler bukan macam di atas. Sungguh, suck.


3#.[Ketiga]
Syarikat: The Machines.
Permintaan aku: Upgrade Macbook Pro.

Dulu setiap cawangan Machines ada pusat untuk baiki, mempertingkatkan Macbook. Sekarang tiada, dan terpaksa pergi ke Mid Valley atas sebab kapasiti engineer Apple tak mampu untuk berada di lokasi. Ada benda lain lagi aku nak tulis.

Aku rasa itu antara sebab pengguna Mac masih berkurang di Malaysia. Bukan nak menggalakkan setiap orang Malaysia pakai Mac, tapi sesiapa yang pakai Mac tahu apa kelebihannya. Bukan?



Tapi, banyak syarikat di Malaysia telah membaiki customer services mereka.

1.CELCOM - aku dapat pengalaman servis terbaik, masa aku membatalkan broadband.
2.MBSA - layanan hampir kelas pertama dalam mempercepatkan servis membayar saman.
3.JPN - tak sangka, sekarang amat mudah untuk memperbaharui kad pengenalan. Berbeza ketika aku tingkatan satu dan sekarang berumur 25 tahun.
4.KWSP - tak macam dulu, nak keluarkan Slip Penyata Caruman Pekerja. Senang.









Selamat berpuasa, bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

jijie berkata...

CIMBclick sng kot.. huhu

Anna berkata...

MAXIS. call customer service the best so far. and outlets pn boleh tahan. tp kt mines service macam haram.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...