Ahad, Jun 03, 2012

Adakah itu perasaan cemburu?

Aku tak pernah mendalami hati wanita, sedalam-dalamnya. Banyak kali aku katakan, dalam dunia ini soalan matematik aku mampu selesaikan, hal ekonomi aku boleh tangani, tekanan aku boleh kawal.... tapi bila soal hati wanita - aku mati.

Perempuan hidup dengan logik moden - women's logic.

Logik, dimana tiada logiknya. Dan telah menjadi senjata wanita, selepas air mata mereka.

Aku menemui satu perasaan apabila aku cuba mendalami seorang wanita - perasaan cemburu. Serius, ianya boleh buat aku hilang pertimbangan, celaru, rasa nak cakap sesuatu yang tak tentu pasal. Kata-kata bakal menyakitkan hati boleh keluar dari mulut aku. Hakikatnya begitu. Umpama, si kaki disko makan pil ekstasi. Cemburu pada aku boleh jadi begitu.

Sebenarnya, terlalu sukar membendung rasa cemburu. Orang kata itu positif, mungkin benar kalau sedikit. Tapi kalau memuncak, boleh menyakiti hati sendiri. Dan rasa disakiti, sukar untuk pulih apatah lagi bila kita cuba untuk tidak menunjukkan rasa cemburu itu.

Langkah pertama, aku tutup FB.

(Antara sebab, aku nak redupkan perasaan cemburu)

Aku tak perlu tahu apa yang berlaku pada dia, dan aku percaya apa yang diperkatakan oleh dirinya, dari mulutnya sendiri. Kalau dia tipu, biarlah dia tipu. Kalau nak berselindung, lambat laun manusia lain akan bersuara.

Langkah kedua, cuba memahami realiti.

Hendak diketahui, aku bukan suami dia lagi. Nak cemburu lebih pun, tak ada guna. Itu antara perkara aku sematkan dalam kepala hotak aku, supaya cuba kontrol perasaan cemburu itu.

Langkah ketiga, ceritakan kepada perempuan lain.

Sekarang, aku banyak ambil pendapat wanita-wanita sudah berkahwin. Pengalaman hidup bersama dengan lelaki mereka. Aku luahkan isi hati, supaya tak adalah aku simpan lama sangat perasaan cemburu.

Langkah keempat, sayangilah diri sendiri.

Aku merasakan perasaan cemburu tak tentu pasal, boleh meragut naluri lelaki aku, mencabar keegoaan aku. Lalu, aku katakan pada diri sendiri - aku ada satu kehidupan, buat apa nak penuhi kehidupan dengan rasa cemburu.

Langkat kelima, melihat kembali apa yang sudah berlaku.

Kalau dulu, rasa OK je bila ada perbuatan mengundang kecemburuan. Tapi kenapa sekarang membentak untuk cemburu melampau?










Hidup ini sebenarnya banyak pilihan ditawarkan, itu sebab kenapa lampu isyarat ada 3 kaler. Lampu merah bermaksud HENTI, tapi ada yang masih memilih untuk teruskan berjalan dan akhirnya maut. Lampu hijau untuk sesuatu yang baik, yakni teruskan berjalan. Tapi dungu, untuk berselingkuh tidak bergerak dan mengundang durjana orang sekeliling.

Aku sekarang, pada lampu kuning.

Dimana-mana, aku menemui keraguan samada aku perlu untuk terus berjalan, atau aku mahu berhenti sampai disitu sahaja.

Ouh, klasik giler aku berkata hari ini.

Betapa cemburunya aku dengan diri aku sendiri, mampu berkata-kata santai dan romantis pada blog diri sendiri dan kaku pada realiti.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

fauzana berkata...

ubat cemburu adelah kepercayaan. topmost achievement in a relationship.

a.s.m.a berkata...

cemburu~

perasaan yang sakit utk org tu sndiri sdgkan kadg2 'orang-di-sana' tu taktahu pun kita cemburu ,
sakit hati sesorang ja *haha*

kadang2 kena jadi emotion-less,
biarkan rasa tu pergi tanpa difikir panjang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...