Rabu, Mei 30, 2012

5 hari tanpa Facebook.

Kehidupan generasi sekarang, mungkin sukar membayangkan tanpa Facebook.

Aku cuba mengalaminya.

5 hari tanpa Facebook. Hurm.

Banyak perkara aku telah pertimbangkan, bahawa secara muktamad aku hendak atau tidak mahu mempunyai laman sosial itu. Masih dalam percubaan. Ramai berkira-kira, aku telah bercinta dan telah putus cinta lalu deactivated Facebook. Tidak. 

Aku cuma ingin rasa seperti dahulu, dimana, erti kawan yang sebenar. Erti kekasih yang betul kekasih. Siapa sahabat, siapa yang dekat, siapa yang rapat. Tanpa butang like, tanpa komen yang tiada suara. Kalau ingin tahu siapa aku, cari aku.

Ya, orang kata aku sudah bosan.

Aku memang sedang mengalami kebosanan lampau. Memang selama ini, aku suka buat sesuatu benda keseorangan. Bukan sekali dua, tapi kerapkali. Dan aku cuba untuk mengulangi kembali. Tapi akan tersentak, bila orang mempersoalkan jodoh untuk diri aku.

Ouh, tuhan.

Memang waktu muda, waktu jiwa kacau, jiwa gelodak.

Terima kasih kepada yang menelefon aku, bertanya khabar dimana aku berada. Tanya, adakah aku gembira, dalam kesedihan, dalam keriangan atau masih dalam keadaan mencucuk langit. 

Bila tiada Facebook, baru aku kenali siapa yang betul sayangkan diri aku ini, sementara aku masih hidup menulis coretan yang melalut.

"Ah karut. Cerita tak ada Facebook. Kecoh!"








Benar. Aku terlalu ringkas dalam berpakaian, dalam menangani masalah. Tapi jangan tanya jiwa aku. Darah daging aku sendiri dah mengakui, aku umpama ada tembok besar China dalam hati.

Kebosanan mencipta kelaian.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...