Rabu, Mei 16, 2012

Setiap orang ada hak untuk risau.

Aku tak pernah berbicara soal jodoh, perempuan dan perkahwinan dengan mak aku sendiri. Aku rasa mak aku pun belum puas menatap kehadiran aku - hampir 10 tahun aku tiada dirumah. Belajar di selatan, sambung ke utara, kemudian pergi merantau untuk sekian lamanya.

Pernah aku utarakan, aku hendak kerja di obersi bila je habis belajar untuk ijazah. Tapi, memikirkan betapa lamanya aku tak cium tangan mak aku bila keluar rumah - I'm back for good.

Ada perkara yang masih terbawa-bawa sehingga aku dah besar panjang. Jarang duduk rumah. Usia belasan hingga awalan 25 pun, hujung minggu jarang duduk rumah. Cuma bila penat, baru seharian.

Memang jadi kebiasaan, aku keluar rumah. Jumpa orang, buat itu, buat ini. Sekarang ditambah dengan tanggungjawab kerja. Ok, itu sahaja.



Bagi orang tua aku, mungkin itu sudah biasa. Kalau aku duduk rumah seharian, siap tanya, "Tak keluar kemana-mana ke?". Maksudnya, itu petanda pelik kenapa aku duduk, baring, baca buku, majalah, memasak, kemas bilik. Itu pelik, sebenarnya, untuk orang tua aku.

Tapi, bila nenek aku, bertandang ke rumah, melihat aku berada dalam keadaan begini - macam tak ada tujuan. Hujung minggu, balik malam tengok bola. Habis kerja, pergi tendang bola. Tengok wayang, hampir kebanyakan cerita baru.

Itu...mengundang kerisauan kepadanya.

Hinggalah satu panggilan telefon dibuat, hanya untuk memikirkan masa depan aku.

Dan jarang sekali, nenek aku menjadikan aku sebagai topik perbualan.












Rumusan panggilan telefon itu, dimana aku perlu membuat satu keputusan samada YA atau TIDAK.

Ouh, setiap orang ada hak untuk risau pasal diri aku.

Untuk membuatkan orang lain tidak risau, aku berseloroh kata, "Baru 24 tahun. Rilek la!"






Terima kasih, kepada yang sayangkan diri ini. Aku cuba buat terbaik, untuk tidak risaukan orang tua aku terutamanya. 24 tahun lebih aku hidup dengan status bujang dalam kad pengenalan.

27 tahun, adalah panic button aku. Aku hanya mampu merancang, jodoh sudah ditentukan-Nya.

Kebosanan mencipta kelainan.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehe....chillax la bro.....

jijie berkata...

hah! sah.. nenek suh cari jodoh kan. ke da dapat calon dari nenek..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...