Rabu, Jun 06, 2012

Tiada siapa menjangkakan, pada pukul 3 pagi, ada perkara terbaik terjadi.

Pengarah terkenal, Yasmin Ahmad mengambil pendekatan karya-karya filem dia dijudulkan hanya dengan satu perkataaan - Gubra, Sepet, Muallaf, Talentime dan lain-lain.

Ada juga pengarah menjadikan tajuk filem dia sebagai 'mass of attraction', misalan, Hantu Kak Limah Pulang Ke Kampung, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, I Know What You Did Last Raya.

Jadi, kali ini, aku cuba menulis tajuk blog yang agak panjang sehingga ditegur adik aku yang lalu belakang, 'Pehal ko tulis blog kat tajuk?'.




Kerapkali aku terjaga pukul 3 ke 4 pagi. Insomnia? Mungkin. Lapar? Ya. Letih sangat? Barangkali.

Aku terjada pukul 3 pagi, dan aku begitu lapar. Di rumah tiada stok Maggi 2 minit. Yang ada mee yang perlu ditanak dengan bawang putih, merah, perahan limau atau rencah rempah ratus yang memakan masa hampir 30 minit. Jadi aku keluar, memanaskan enjin kereta dan pergi menyusur ke Drive-Thru Mc Donald. Dah lama aku tidak berpeleseran seawal 3 pagi di Malaysia. Bagi aku, di negara sendiri (negara ini) kurang selamat.

Terasa sejuk, lalu aku capai jaket yang sentiasa bergantungan di belakang kereta. Aku tak jadi nak Drive-Thru, aku memakirkan kereta dan masuk ke dalam. Pergi ke kaunter, memilih pesanan Chicken Foldover. Mengidam, kot.

Aku tunggu di salah satu sudut berdekatan dengan kaunter.

Kedua tangan aku menyeluk poket di jaket aku...

...ada sesuatu.

Aku keluarkan.

Aku tenung, dengan mata kuyu pukul 3 pagi.

2 keping tiket wayang bertarikh 27th Julai 2011.

Senyum, dan geleng kepala. Aku alihkan dari poket ke dompet aku. Selitkan belakang kad pengenalan aku. Pada pukul 3 pagi itu;

#1.Bukan awek lawa di kaunter itu sebagai perkara terbaik pada waktu itu.
#2.Bukan kerana Chicken Foldover itu sebagai perkara terbaik pada waktu itu.
#3.Bukan kerana jaket oren yang memanaskan badan aku sebagai perkara terbaik pada waktu itu.

Tapi, 2 keping tiket yang membuatkan aku senyum sementara menunggu Chicken Foldover, melihat awek lawa di kaunter dan terasa suam dengan jaket oren itu.





Tak semestinya, harta yang banyak mampu membeli perkara terbaik tapi kenangan yang tercipta di sekeliling kita.

Meh, mencipta kenangan, dengan kelainan, dicetuskan oleh rasa kebosanan.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...