Jumaat, Mei 11, 2012

Terlalu rahsia.

Ibu sendiri pun susah nak tahu hati anak bujangnya. Sukar dan payah.

Aku macam Lady Gaga. Don't ask, don't tell.



Aku memang payah nak kenal orang, maksud aku, kenal sampai aku boleh kongsi masalah aku. Kehidupan peribadi aku, pandangan aku, hati aku dan perasaan aku. Aku mencari sesiapa yang aku rasa paling selesa - untuk membuka tiap-tiap satu diari kehidupan aku. Kehidupan lampau aku memang banyak cerita, terlalu rapi dalam kerahsiaan.

Orang kata, itu membuatkan aku seksi.

(Sila muntah.)

Dalam dunia ini, ada 2 lelaki yang aku mampu luahkan perasaan marah aku, rasa dendam, rasa benci, rasa cinta, rasa penuh keharuan, rasa kekeliruan dan pelbagai lagi perasaaan manusia. Mungkin kenyataan ini agak gay sekali. Aku berkongsi hanya pada lelaki, tidak pada lawan jantina aku. Abnormal, bukan?

Semakin berumur, secara tak sengaja aku telah meletakkan kriteria ini dalam pemilihan soal teman hidup. Secara tak sengaja, aku ulang. Maksudnya, aku mencari perempuan dimana aku selesa bercerita segalanya, tanpa segan silu, tanpa ada rasa bias yang negatif atau positif. Secara tak sengaja juga, ia telah menjadi syarat utama.

Itu menjadi kebimbangan pada aku, buat masa sekarang.

Aku tidak meletakkan paras tertentu sebelum ini, sekarang dah ada.









Haish.

Bila ada keselesaan, baru timbul bibit cinta. Ptuih!

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woooo....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...