Ahad, Januari 15, 2012

Oh, mai. Kerunsingan melanda kehidupan.

Semalam, sebelum masuk tidur telah pastikan bahawa kaki aku sudah dibasuh.

Aneh. Kerapkali, aku terjaga pukul 3 ke 4 pagi. Bila sudah bangun, mengalami kesukaran tidur semula. Perasaan tidur semula kembali bila Subuh mula menjelang. Padahal itu sudah menjadi masa yang begitu karut untuk tidur.

Dan, semalam aku melakukan aktiviti luar tabii - tapi bukan onani. Disebabkan aku desperado hendak tidur juga, aku telah melakukan satu kejadian yang drastik. Aku telah keluarkan segala resit perbelanjaan seharian sepanjang tahun 2011. Juga, aku telah membuka beberapa buku akaun, melihat nombor-nombor.

Aku melakukan audit kewangan sendiri oleh diri sendiri!

Malangnya, jangkaan aku pada April tahun lalu, aku telah menetapkan beberapa peratus kewangan aku patut berada bukan dalam kelikatan kewangan yang begitu cair.

Nampaknya, ada unsur kegagalan mengawal perbelanjaan.

Rasanya, langkah untuk tahun ini adalah mengawal perbelanjaan secara berhemah dan ketat. Kurangkan lepak diluar, berjalan tanpa tujuan dan sentiasa kawal nafsu membeli belah bahan bukan-bukan (aku suka beli asam kat salah satu kedai di Aeon Bukit Tinggi).

Tujuan-nya?





Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Basri berkata...

Hebat laa.. ada simpan resit perbelanjaan seharian sepanjang tahun.. Boleh dijadikan contoh .

Linlin berkata...

suka asam? mcm awek2...

a.s.m.a berkata...

tujuannya .....

untuk kawin ????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...