Isnin, Januari 16, 2012

Apa salahnya memilih gadis dari bola sepak, kan?

Dalam iPod (aplikasi To-Do) ada banyak isi blog yang aku mahu karang sepanjang tahun 2011. Maka ianya berlarutan sehingga tahun ini, awal Januari 2012.

Salah satunya, hobi yang sepatutnya kita korbankan demi wanita kita sayang, atau keluarga kita cintai.

Misalannya, dalam kes aku - menonton bola sepak.




Dapat awek yang kaki bola memang terbaik. Tak kisah samada dia pun minat MU, minat City ke, minat Liverpool atau TNB Kelantan sekalipun. Janji hujung minggu boleh layan bola depan TV sesama. Tapi tak semuanya kita dapat pada gadis itu. Kalau ada, itu bonus.

Seminggu lepas, kawan aku cerita, dia curi-curi tengok Champion League, bila bini dia dah tidur. Sanggup bersengkang mata, tengok kaca skrin tanpa bunyi, kerana risau bakal kejutkan bini dia yang nyenyak tidur. Banyak kali dia buat camni. Menonton bola secara sorok-sorok. Dia pun tahu, bini dia tak suka tengok bola.

Tapi, bila satu masa dia kena pilih antara final Piala Malaysia dan kena hantar bini dia balik rumah mentua, dia akur bahawa bini dia lagi penting. Sebab zaman sekarang, teknologi terlalu canggih. Boleh ulang semula dengan Astro Beyond ataupun di Youtube sekalipun.

Kecewa memang ada. Sebab tidak menonton secara live.

Selepas beberapa lama, akhirnya bini dia ikut suka tengok bola.

Mesej aku hendak sampai adalah, segala pengorbanan dilakukan pasti ada hasilnya. Bukan segera, tapi mungkin beberapa ketika.

PS: Ada 47 idea kebosanan telah direkodkan dalam iPod.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...