Rabu, Januari 18, 2012

Orang asing yang menghampiri kesempurnaan.

Kepada:


The Almost Perfect Stranger.


Satu hari, duduk melangut depan komputer menghadap paparan putih dan biru, tiba-tiba pada notifications 'friends' ada satu tanda merah. Menyala, berbentuk satu.

Ada dua pilihan, Tambah atau Abai.

Keputusan itu dibuat oleh hati, kadangkala ikut perasaan, atau lihat dulu betapa cunnya DP mereka. Lagi-lagi kalau yang datang itu seorang perempuan. Tapi, bila lihat DP, hanyalah gambar yang dicilok dari mana-mana laman entah-aku-pun-tak-tahu. Rasa malas nak terima orang begini menjadi kawan.

Tapi, kalau hari itu aku membulatkan hati menekan butang Abai, mungkin hari ini aku tak kenal dia. Tak tahu apa kesukaan dia, apa itu impian, dan betapa besarnya kehidupan penuh dengan harapan. Kita seharian, berjalan di tepi jalan, menaiki bas yang sama, teksi yang sama, melalui lorong tol yang sama. Agak sukar untuk mengetahui orang sekeliling kita bakal menjadi sesuatu yang indah untuk memori kita, kehidupan hidup yang singkat.

Laman web sosial FB, dilayari oleh berjuta penduduk seluruh dunia. Setiap jam, setiap saat bakal ada cerita baru, status baru, gambar baru. Dan...kenalan baru.

Macam aku, angka satu pada Friends pada tahun lalu - telah menjadi kenangan paling manis.

Ketika itu, ada dua pilihan. Samada Tambah (Add) atau Abai (Ignore).






Aku telah membuat pilihan.

Pilihan itu hampir terlalu sempurna, untuk the almost perfect stranger.

PS: Kalau kau baca, aku ucapkan terima kasih kerana sudi menekan butang 'Add As Friend'.

Yang Sangat Plain dan  Hambar dalam bicaranya.

Mr.D

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hye..ive read ur blog. i cant add u as fren in fb..so plz add me. orkidgebu@yahoo.com n my fb name is tonkguess. hop u read my comment. love. orkid.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...