Isnin, Januari 09, 2012

Blur, tanpa arah.

Yes, mempunyai blog adalah sesuatu yang sangat - syet.

Warga online memandang kehadiran orang itu dengan mempunyai blog, bermaksud orang itu masih hidup, bernafas, duduk depan apa saja alat yang boleh menulis blog. Apa saja. 

Orang macam aku, yang dah MALAS nak hapdet blog, dikatakan bizi dengan kerja. Haha. Aku bizi dengan benda lain. Cubaan membuang kebosanan telah bertukar dari menulis blog, tapi aku masih mencipta kelainan aku tersendiri. 

Dari hari itu, aku nak menaip pasal azam baru.

Azam tahun lepas aku dah tercapai - memiliki kenderaan sendiri, tak kisah samada baru, atau second-hand. Tujuannya, bila aku dikecewakan oleh perempuan, aku ada kereta untuk aku tunggangi. Mandi setiap minggu bersama, menyedut di celah-celah membersihkan habuk.

Azam tahun ini, yang masih sama dari tahun lepas adalah - Less FB. 

Sejak bulan 9 tahun lepas, aku dah berhenti bermain poker, menanam jagung, membina istana. Cuma masih aktif menaip status untuk mencari perhatian, kononnya aku adalah artis dan 'deserve' menerima 'like' daripada kamu semua. Itu, agak dem.

Tambahan azam satu lagi adalah, penambahan aset kekal - rumah. Mungkin aku akan beli rumah, bukan untuk aku duduki. Mungkin.

Aku ingin menambah lagi satu azam tahun ini, memandangkan aku sudah menjangkau umur 25 tahun, cubaan menambah azam adalah - ingin berkahwin pada tahun ini.







Kau rasa aku boleh? 

Melafazkan akad nikah, dihadapan beberapa dozen orang.

Tepuk dada, tanya sama pokok.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

berkata...

jika kau fikirkan kau boleh~ hikhik

berusaha! =)

han eba berkata...

yeay, ada org ada azam nak kawin tahun ni.

jangan lupe jemput ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...