Dulu aku percaya satu benda.
Kalau orang itu menyanyi tak sedap, hujan akan turun. Sehinggalah aku selalu berkata, "Dah tu, ramailah orang menyanyi sumbang setiap hari?". Bila aku cakap macam itu, orang dewasa yang paling terdekat dengan aku, yakni ibu bapa aku sendiri kadangkala sukar nak melayan anak macam ini. Terlalu berimiginasi.
Dulu aku percaya, light saber dalam Star Wars adalah memang wujud!
Apabila selepas ketiadaan aku yang terlalu lama - lebih seminggu, akan ada ramai orang baca, lebih 3 dan memberi respon yang baik. Bila keesokan harinya, hari selepas aku menulis entri yang penuh kerinduan, maka entri itu akan menjadi syet (tahi). Tiada makna langsung, tiada pengertian.
Seperti apa yang dibaca diatas.
Hmmmmmmmmmmm.
Aku memang sukakan hujan, sejak kebelakangan ini.
Sebab, terlalu banyak cerita berlaku ketika aku berada dalam hujan. Tak kisah aku dimana, dalam kereta ke, atas motor ke, atas basikal ke, atas keretapi ke. Memori tentang hujan memang osem.
Lebih-lebih lagi, ada minah berbaju kuning berlari anak setelah hujan lebat. Kebetulan aku memparkir depan 7 Eleven, segalanya basah. Terdedah.
Ok, ini sangat lucah.
Bukan aku.
Kejap, ia. Masih bukan aku.
Malam ini, aku tak minum kopi. Tapi secawan Milo.
PS: Milo, kau memang sweet.
Kebosanan mencipta kelainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan