Selasa, Disember 27, 2011

Adakah sesiapa masih merindui aku?

'Yeah, I'm back,'


Seperti selalu, secawan kopi dalam mug Starbucks yang telah bertukar logo. Si lelaki yang memakai horn-rimmed-glass, kelihatan skema menerjah malam bujangnya tanpa suara unggas kacau dalam bilik. Mungkin hari ini aku agak kemas memakai baju. Setelah sekian lama, mengenakan seluar pendek kotot berbunga-bunga merah - tapi hari ini seolah lelaki dewasa.

Lelaki yang memakai kain pelikat biru tanpa memakai seluar d****, ada kipas angin, sekali lagi kepada secawan kopi yang menemani. Awh. Indah bukan. Kalau nun jauh disana, yakni Korea adalah sejuk bangsat yang gamat menerkam suasana penulisan blog. Tidak kain pelikat tapi diselubungi selimut kaler pink setebal 2 inci.

Aku masih ada, masih disini.

Masih menjenguk isi blog ini, ruangan hitam tapi memang jambu dengan gaya bersahaja yang dahulu. Sekarang hanyalah lelaki 'dull' yang kuat berpegang pada fakta dan kurang rasional terhadap emosi. Menyebabkan banyak peristiwa menjadi dungu, bodoh pada semasa, waras pada kata-kata, dan siuman pada jiwa.

Aku tengah merungkai setiap peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2011.

Dahulunya, segala memento aku perapkan dalam kamera gedabak (sekarang zaman menipis dik oi!), maka senanglah aku mengolah cerita sekalipun aku mengambil gambar bulu kaki orang!

Masih dalam proses merangka, bermula dengan:

#01. Zaman kegelapan - makan, tidur, makan, movie, makan.
#02. Interview kerja yang pertama - dan tawaran kerja yang pertama.
#03. Merayau melakukan kerja gila - masuk setiap pusat kecantikan.
#04. Menjadi pengembara kejap yang tegar - lokasi sekitar Korea.
#05. Kutu menginap - segala rumah kosong jadi sarang lepak.
#06. Menangis meratapi graduasi - emosional meninggalkan taman permainan.
#07. Pulang setelah janggut - bertahun tak balik Malaysia yo!
#08. Demam menggila - perubahan musim yang penuh komplikasi.
#09. Suasana kerja pertama - ekspetasi tinggi menjulang langit.
#10. Kereta pertama - Eddie Guerero, seindah nama ketika beraksi.
#11. Eksiden pertama - titik perubahan menjadi liar dijalan raya.
#12. Kuda tunggangan kaler kelabu - wira dalam hati.
#13. Seleksi buku - seksi, karismatik, dan gojes (gorgeous).
#14. The Almost Perfect Stranger - keadaan yang pelik tapi benar.
#15. Penutupan kisah 'si masa depan' - watak terbaik Dandelinoid.
#16. Terawih pertama bersama seisi keluarga - famili itu indah belaka.
#17. Bazaar Ramadhan pertama - selepas 5 tahun yang kemarau.
#18. Raya yang hampir begitu sempurna - tiada lagi bola sepak, pantai dan seluar pendek.
#19. Bahagian ke-5 Mars And Venus - pemulihan.
#20. "Aku akan ngorat kau sampai jadi next, next, next."
#21. Skandal wajah gadis dalam Dandelinoid - tiada rasa, tiada jiwa.
#22. Reignition of life spark - lensa mula mengambil jejak.
#23. Jalan-jalan, memenuhi perut - sehingga buncit jadinya.
#24. Ke Johor kita mari - bila bujang menamatkan kelaminnya.
#25. (Masih dalam buah fikiran, apa aku sudah lakukan tahun ini).


Dalam satu tahun, ada 12 bulan. Satu bulan ada 28, 29, 30 atau 31 hari. Satu hari, ada 24 jam bersamaan...hurm (ambil kalkulator) - ok, terlalu statistik.


Aku rasa berada di tahun 2011, adalah fasa di mana aku melakukan banyak transformasi. Dari keselekehan budak comot universiti ke budak kilang yang menjadi gelandangan bos yang kagum dengan negara sebelah Kim-Jong-Il. Juga frasa aku cuba sikit-sikit meninggalkan...

1) Menonton bola sepak sehingga larut malam.
2) Marathon drama setiap hari.
3) Tidak tidur malam atas tiada alasan.
4) Tidur selepas Subuh - ini berjaya sekali!
5) Buang masa bermain video game.



Haha. Bila aku baca dari atas sampai ke bawah, aku rasa entri ini penuh sampah.

Aku perlukan inspirasi yang lebih eksotik!

Erk...siapa mahu menjadi aku punya 'eksotika'?

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woooo...

happycloud berkata...

akhirnya, post

karenontheshore berkata...

wjud lgi kau, ingtkn dah pulang ke korea kembali.

Tanpa Nama berkata...

kelihatan " luv is in the air" sudayyy..^^V..

berkata...

happy new year!
ok rasanya wish terlalu awal.
ah,biarlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...