Jumaat, Disember 16, 2011

Agak konservatif untuk berkata 'I Love You'.

Dah lama tidak menulis blog. Faktor usia, masa dan terhad kepada suasana - kurang kondusif. Juga, banyak benda berlaku - cuma aku malas, terlalu malas untuk menafsirkan kepada ayat-ayat yang indah untuk dibaca, difahami dan tertawan dengan bait-bait isi blognya.

Sudah hilang romantis dalam penulisan, tapi penuh kedunguan kejuruteraan, segalanya nombor, segalanya angka, bentuk, fenomena dan statistikal penuh gambaran. Sampai hubungan manusia pun kadangkala aku urai dalam polar jajaran geografi. Agak failed disitu.

Hurm.

Kalau lihat drama, punyalah mudah bagi seorang lelaki ucap perkataan itu. Padahal menggigil kot, (aku rasa) kalau nak sebut. 

Aku ada impian.

Aku akan lafazkan ayat itu hanya kepada sesiapa yang sudah jadi isteri aku, selepas beberapa minit lafaz akad nikah, ketika dia duduk bersimpuh dikelilingi kamera, pada telinga sebelah kanan dia.

Impian aku agak kuno, bukan?

Ini impian, beb. Suka hati akulah nak mempunyai impian apa.



Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

(^_~) berkata...

mesti awk ni single lagi kan?
sebab kalau in relationship,
for sure la she will ask u
utk ckp iloveu

hehe main agak je ni

btw baguslah impian tu
tinggi nilai iloveu
hanya utk si wifey yg satu

ceeeewah

Tanpa Nama berkata...

sweet :D

Tanpa Nama berkata...

mungkin ini hanya tekaan semata-mata , tapi hanya lelaki scorpio shj b'fikiran seperti anda . sesungguhnya lelaki scorpio tidak akan melakukan hal yang sia-sia . contohnya sperti anda , hanya mngucapkn p'kataan keramat trsebut kpd si dia yg bnr2 nyata utk anda . wish u luck ,extraordinary guy . impian yg hebat ! ^^

Basri berkata...

Aku rasa impian kau ni agak romantik jugak. Heceh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...