Khamis, November 10, 2011

Mula bergurau soal jodoh.

Sejak adik aku habis PMR, dia lah yang banyak suruh aku tengok cerita Melayu. "Cite ni best woo!", "Cite ni ada Aaron Aziz, best!". Aku jadi peneman dia tengok drama. Bila ada keluar perempuan kat TV, adik aku suka tanya:

"Kau rasa Fasha lawa tak?"
"Kau rasa Scha cun tak?"
"Kau rasa Fauziah Gous ayu tak?"

Banyak sangat aku ditanya, dari artis muda sehingga tahap macam Rozita Che Wan. Benda ini berlarutan bila adik aku tengok majalah hiburan, "Ko tengok ni, cantik kan?" Aku meng-iyakan kalau betul-betul cantik. Kalau tak, aku komen, "Buruk giler"

Bila ada mesej masuk ke dalam telefon bimbit aku, adik aku dari jauh berteriak, "Awek la tu". Pernah sehingga nenek aku percaya aku tengah bermesej-mesejian dengan seorang awek. Bila nenek aku tanya, siapa, adik aku dengan selamba cakap "Makwe dia nek!".

Aku suka melayan. Bila dah cakap macam tu, aku terus cakap, "Aaah nek. Orang Jawa gak."

"Kerja apa dia?" Nenek aku, bila bab jodoh dia suka tanya pekerjaan perempuan itu.
"Cikgu sekolah agama nek, tudung labuh."
"Bila kenal?"
"Dah lama nek, kenal masa belajar dulu" Padahal mana ada ustazah sekolah agama kat Korea.

Selepas beberapa sesi soal jawab, aku gelak giler-giler dan minta maaf.

Semalam, aku tengok Masterchief. Adik aku pun mulalah soalan dia. "Antara perempuan yang ada dalam Masterchief ni, mana kau suka?"

Aku tunjuk seorang perempuan. Pakai spek macam aku, tudung dia pusing-pusing macam helikopter. Adik aku cakap taste aku pelik. Banyak perempuan yang ayu, aku pilih yang pelik, komen adik aku. Aku juga utarakan soalan begini, "Kalau orang macam Fasha Sandha itu awek aku, kau OK tak?" Aku juga test soalan ini, misalannya, andaikata aku ada awek macam Fazura, Neelofa, Yuna ke apa.

Adik aku bagi komen, selagi dia pakai tudung dia suka.

Berbalik awek Masterchief tadi.

Aku balik lambat. Siaran Masterchief dah habis. Aku masuk je rumah, adik aku terus cakap, "Kesian dow, awek kau dah tak ada!".

Aku blur. "Siapa?".
"Awek kau dalam Masterchief tu la, masak daging tak masak!"
"Sengal giler kau!"
"Kau lagi sengal, pilih awek pelik, masak daging phail!"

Selama 5 minit bertekak pasal 'awek'.

Mak aku pun ada kat situ, macam tak percaya dengan hujah-hujah aku mempertahankan seorang perempuan.





Realitinya sekarang, semua orang berhati-hati tanya pasal soal jodoh, tapi aku putarkan ke dalam bentuk yang  humor penuh fantasi.

Kebosanan mencipta kelainan.

4 ulasan:

mimiey berkata...

best,suka baca :)))

karenontheshore berkata...

hahaha...klakar2

iyliaH berkata...

hahhaaaa..kelakar dol!
nanti aku nak tgk master chef!
nak gak tgk cm ne peliknye awek yg ko minat! hahaha..

happycloud berkata...

aku harap awek yang pakai cermin mata dan bertudung lilit lilit tu baca post ni, wakakakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...