"Kau suka berak cangkung ke, berak secara duduk?"
Berdasarkan yang faham (aku tak nak bagi kenyataan ianya datang dari pengalaman aku), berak cara mencangkung adalah lebih efektif dari segi pengeluaran t***. Tapi posisi itu bakal mengundang kekejangan otot, dan kurang selesa sebab dalam keadaan - cangkung.
Posisi berak cara duduk, adalah penuh keselesaan. Cuma efektif ke tidak pengeluaran t*** sila tanya diri sendiri. Anda lebih berpengalaman.
Andaian aku, keadaan manusia dalam duduk mencangkung akan menyebabkan stimulasi pada otak untuk berfikir secara agresif. Sebab itu, ketika berak cangkung orang akan berfikir macam-macam. Samada dari segi untuk melakukan sesuatu, terbayang sesuatu atau hendak menyelesaikan sesuatu.
Amat menjengkelkan bagi aku, bila jamban duduk ada orang cangkung gak. Habis kotor kawasan lapik nak melampiaskan punggung.
Antara sebab kenapa aku suka duduk atas kerusi komputer aku dalam keadaan mencangkung.
PS: Aku dapat idea ini ketika aku buang t***.
Kebosanan mencipta kelainan.
1 ulasan:
sebab tu karakter L dalam manga/anime/filem Death Note perlu bercangkung bila cuba perah otak.
Catat Ulasan