Isnin, November 07, 2011

I AM at the heart of the image.

Aku dulu pengguna Canon, lepas itu sejak aku pakai DSLR Nikon, aku terus melekat kat Nikon, sampai sekarang.

Aku dalam permulaan cuba berjinak kembali dengan lensa aku 2 biji dan badan kamera aku yang dibungkus siap dengan silica gel bagi menyerap segala kelembapan mengelakkan karat pada bahagian tertentu. Betapa sayangnya aku dengan kamera aku. Tahun ini banyak juga aku mengambil gambar, cuma dari kesempatan masa untuk dipaparkan di ruang maya - tiada masa yang panjang.

Dulu aku mampu menatap hasil gambar dengan ratusan kepelbagaian tanpa rasa batasan masa itu ada. Bila menjelang raya haji ini, aku kembali semula membuka katalog Nikon sebagai saja-saja nak berjinak kembali.

(Aku mempunyai katalog Nikon, entah datang dari mana!)

I AM Nikon merujuk kepada seleksi semua jenis kamera.
I AM Extreme,  D3X
I AM Ultimate, D3S
I AM Full Frame, D700
I AM Imigination, D300S
I AM Passion, D7000
I AM Innovate, D90
I AM Inspiration, D5100
I AM Your Guide, D3100

Seleksi lensa, I AM Your Eyes.

Cuma aku tertarik dengan Compact Camera, tarikan terbaru Nikon - Nikon 1. Aku rasa Nikon nak memenangi semula pasaran kamera disebabkan DLSR terjejas disebabkan Lumix.

Kenapa aku cerita benda ini?

Sebab aku bosan!

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...