Aku cuba untuk lari dari rutin, perkara kebiasaan dari biasa. Hasilnya, aku bertemu dengan pelbagai ragam manusia, masalah diri sendiri dan kerumitan untuk benda yang dangkal.
Salah satunya, bertemu dengan skandal.
Punyalah super-duper-kool-nya aku terus tanya;
"Selalu tengok wayang kat sini?"
Dia pandang wajah aku terkebil-kebil, dan menyebut nama aku dengan tepat.
Skandal. Maksudnya, pernah dikaitkan dengan kehidupan aku dahulu. Tapi biasalah dulu, aku memang jual mahal. Sekarang pun masih sama.
Ptuih~!
PS: Aku dah hilang muka tembok.
Kebosanan mencipta kelainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan