Isnin, November 28, 2011

Jangan ada sikap berpuas hati, tapi bersyukur perlu.

Idea perfectionist memang kadang-kadang menjengkelkan aku. Akui, aku tengah lakukankannya secara perlahan. Membina keberangkalian yang sukar dijangkal akal.

OK, aku merepek.

3 hari ini aku bercuti. Aku banyak habiskan masa dengan seseorang, selebihnya aku layan blues sendiri - membaca autobiografi (yang aku rasa dah malas nak habiskan), muzik-muzik pop lama yang hampir ditelan zaman dinaikkan semula oleh orang muda dan idea-idea baru tentang kehidupan. Misalan, adakah kita masih memerlukan TV dikala segalanya sudah ada dikomputer.

Awalan pembabitan kita dengan kebendaan bermula dengan apa yang disogokkan ketika kecil. Andaikata ketika kecil sudah dijinakkan dengan kesenangan, bila besar berada dalam tempoh kesukaran amatlah janggal untuk menyelesaikan sesuatu.

Aku jadi orang begitu!

Beberapa perkara aku masih memerlukan pendapat orang, ini semua atas dasar ada beberapa benda yang jarang berlaku dalam hidup aku - sekarang berlaku. Hilang keyakinan untuk membuat keputusan yang sukar, vision aku terlalu jauh ke depan. Maksud lain, terlajak.

Seperkara lagi, aku dah jadi seorang yang terlalu selfish. Aku tak peduli apa yang berlaku kepada orang lain, yang penting itu adalah faedah kepada aku.

Memang tepat 3 hari ini, jatuh pada tahun baru Islam.

Apa-apa pun, target aku berjaya minggu ini!





PS: Sebenarnya isi di atas, sepatah haram aku tak faham.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...